07 Januari 2011

CEKODOK NASI...

Salam .
Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti, kepada yang bekerja selamat menjalankan tugas tugas seharian . Sudah ke bersarapan? Entry kali ini macam biasa lahhh...apa lagi kalau bukan menu sarapan pagi. Tapi yang ini menu sarapan pagi semalam bukan nya pagi nihhh ...he...he...
Tak ada yang specialnya sarapan Kak Intan pagi semalam, cuma sarapan cekodok nasi sahaja. Masih ada nasi yang berbaki sayang kalau dibuang begitu sahaja jadi Kak Intan jadikan ianya cekodok. Bolih kenyang sampai kepetang kalau sarapan dengan cekodok ni. Nak buatnya pun senang aje..just kita blend kan dengan sedikit garam air, tepong gandum agak agak lah airnya agar bolih dijemput jemput masa nak menggoreng nya nanti. Selain dari itu Kak Intan camporkan sedikit udang basah, sedikit daun sup, cili api dan juga cili merah yang telah dipotong halus halus. Gaulkan sehingga rata. Goreng macam cekodok lain tu dalam minyak yang panas..sampai warna nya keemasan. Dah siap..bolih la dimakan bersama sos cili dengan kuah kari pun Kak Intan suka juga.
Yang istimewanya cekodok ni walau pun dah sejuk. dia masih lembut dan tak liat. Kalau tak percaya bolih cuba buat. Ok..... salam dan jumpa lagi dilain entry.

2 ulasan:

  1. Salam Kak Intan...
    Cekodok Nasi....Boleh Buat Minum2 Ptg Nanti...

    BalasPadam
  2. salam Kak Intan,

    festime buat pagi tadi, memang sedap dan lembut..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...