06 Januari 2011

SUKON GORENG BUAT MINUM PETANG..

Salam.
Cerita tentang makan makan lagi ni he.he... Bukan nya pelik sangat pun menu nya, cuma Kak Intan buat sukun goreng sahaja. Hari tu masa Kak Intan dan family bercuti ke Singapura, kami dihidangkan dengan sukun goreng olih sepupu Kak Intan ni pada sebelah petang hari pertama kami disana. Olih kerana En. Hubby rasa tak puas lagi makan sukun goreng balik semula keKL dia pun beli lagi sukun yang belum dimasak lagi.
Apa lagi memang sedaplah makan sukun goreng panas panas dimusim musim hujan ni. Nak sedap cicah pula dengan gula pasir. Ada juga yang suka cicah dengan sambal kicap...katanya lagi sedap macam makan pisang goreng tu juga, tapi Kak Intan belum pernah buat lagi lah....sesekali nanti nak juga mencubanya. Ok ... Kak Intan nak mengundurkan diri terlebih dahulu ya.... jumpa lagi dan salam untuk semua.

2 ulasan:

  1. Salam kak intan, dah lama rasanya tak makan sukun ni

    BalasPadam
  2. Salam Kak Intan....Apa Kabar? Windunya Lin... Goreng Sukun Tu Tak Ada Utk Kak Lin Ke? Kak Lin Suka Makan Dg Sambal Kicap...Kak Intan Lalu Kat Depan Lin Pun Tak Perasan! Hahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...