16 Januari 2011

DIROMANTIKA WANGSA WALK DGN SHARIFAH ZAIDAH DAN ACIK ALA..

Salam.
Selamat tengahari kepada semua kawan kawan blogger yang datang berkunjung keblog Jariintan ku. Apa khabar semua ya...Harap harap semuanya sihat sihat belaka. Hari ni Kak Intan nak share tentang pertemuan dengan 2 orang lagi kawan yang Kak Intan kenali melalui laman Facebook iaitu Acik Ala dan juga Sharifah Zaidah. Kedua dua nya sebelum ni dah pernah Kak Intan temui ditempat yang berasingan dan juga masa yang berasingan juga....
Hari tu kami bertiga berjanji untuk bertemu diWangsa Walk pula...sebelum ni pun Kak Intan bertemu pertama kalinya dengan Acik Ala diWangsa Walk juga. Acik Ala tinggal diBentong Pahang, tapi Acik rajin turun keKuala Lumpur bersama sama family untuk membeli belah. Ya lah kan KL ke Bentong pun bukan nya jauh sangat dalam 45 minit dah sampai melalui Karak Highway. Petang tu Kak Intan datang dengan Sharifah Zaidah..Sharifah dan suami nya menjemput Kak Intan dihadapan JJ Wangsa Maju. Terima kasih Pah & suami ya...sudi tumpang kan Kak Intan ke Wangsa Walk. Kami tunggu Acik Ala sampai jam 5 baru dia muncul.....diWangsa Walk tempat kami berjumpa dihadapan kedai ROMANTIKA...
Kalau dah jumpa dengan mereka berdua ni memang tak kering gusi dibuat nya. Acik suka sangat buat kelakar...ada2 aje modal dia nak bagi kami berdua ketawa...ha..ha....sampai sekarang pun kalau terkenang kan gelagat kami tersenyum sendiriaan dibuat nya. Apa apa pun kami enjoy....
Petang tu kami bertiga betul betul cuci mata didalam ROMANTIKA...macam biasa lah Acik kalau dah sampai kesitu...ada aje yang nak diborong nya...kalau masuk mesti nak beli barang barang yang dah berkenan dihati kan Acik he..he..
tapi Kak Intan tak tunggu lama petang tu....Kak Intan minta diri dulu pulang awal...sebab keluar pun awal kan...tinggallah Pah dan Acik meneruskan misi mereka membeli belah disitu. Ok lah...sampai disini dulu catatan Kak Intan tengahari ini...salam dan jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...