Salam,
Jumpa lagi disini ya. Pada hari Ahad minggu lepas, sekali lagi Kak Intan datang ke Fullhouse diJalan Yap Kwan Seng ini. Kali ini bertemu dengan Geng Mak BONDA (nama yang diberikan olih PMT- he..he..ada ada aje PMT ni). Kami cuma berempat je pada petang tu...
Ini lah dia nya Geng Mak BONDA yang Kak Intan maksudkan,Chempaka, Ayu dan juga Jue. Mohon maaf ya Mak BONDA semua sebab Kak Intan lambat sampai, hari tu tengah siap siap tiba tiba ada tetamu pula yang datang, tapi...tak lah lambat sangat Kak Intan sampaikan...Sebelum tu dapat juga Mak BONDA sekelian posing posing disebuah lagi restoren yang berdekatan iaitu SCRUMPTIOUS...sebab masa diorang sampai Fullhouse memang tengah penoh..ya lah masing masing hujung minggu bawa family makan makan kat situ agak nya.
Ishhh...ishhhh kalau dah jumpa geng Mak BONDA ni pasti ada gelak ketawa..dari mula2 jumpa diFB sampai la jumpa kat mana mana pun mesti ada je cerita kelakar diorang ni...yang tak bolih tahan tu bila ambil gambar kat kereta mini ni...
Tak caya tengok lah ni...siJue kalau dah jumpa dengan Ayu ada je adegan adegan ketawa terbahak bahak ni dibuat nya...sampai nak fokus bergambar pun tak bolih dibuat nya...
Apa pun Kak Intan lapang dada..sebab salah satu sebab berjumpa dengan diorang adalah menyampaikan amanah dari seseorang untuk mereka semuanya ini...
Terima lah masing masing kan apa yang Kak Intan tolong bawakan ini. Risau juga takut barang barang ni pecah nanti...bukan senang nak dapat tu...he..he..Chempaka bukan main seronok lagi..Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan dihujung minggu ini...salam dan selamat berjumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan