21 Januari 2011

HUJUNG MINGGU YG MENCERIAKAN....

Salam .
Jumpa lagi disini ya. Ermmmm...bukan menu masak masak lagi , tapi kisah Kak Intan mengisi masa lapang dengan mengemas rumah dihujung minggu pula. Sesekali tu ada juga rasa bosan bila tengok rumah menggunakan barang barang yang sama kan. Maklumlah sebagai surirumah tangga masa memang banyak dirumah melayan keluarga dan juga kerja kerja sampingan yang Kak Intan lakukan.
Jadinya...untuk menampak kan sedikit kelainan hari tu Kak Intan meluangkan sedikit masa menukar semua yang berbunga bunga kepada warna off white yang polos dan bersulam pula. Seronok sebenarnya kalau berkemas rumah ni. Tambah tambah pula kalau ada yang memberikan bantuan dan sokongan.
Masa Kak Intan ke Singapura tempoh hari sempat juga lah Kak Intan pergi cuci cuci mata dikompleks Joo Chiat, melihat lihat sarong sarong kusyen dan juga alas alas meja dari lace. Memang chantek cantek lace yang dijual disitu, ikutkan hati memang nak memborong selagi ada. Tapi tak lah banyak yang Kak Intan beli sekadar untuk keperluan sahaja.Kebanyakkan nya sarung kusyen yang putih putih ni jadi kegilaan Kak Intan, begitu juga dengan alas alas mejanya.
Dapatlah juga merialisasikan set warna putih untuk bilek tidor Kak Intan, tapi tak lah 100%, kena banyak lagi buat pengubahsuaian dari segi warna yang kebanyakkan nya hitam dan choklat.
Rasanya kena ambil sedikit masa lagi untuk mengecatnya semula...pun begitu Kak Intan rasa puas hati juga. Oh ya selain beli diSingapura tempohari ada juga antara lace lace ni yang Kak Intan beli dari Acik Ala dan sorang lagi geng diFacebook yang tinggal diSingapura, terima kasih banyak banyak atas bantuan PMT ya.
PMT ni seorang kawan yang juga gemarkan kain kain lace...bila tengok sahaja rumah kediaman nya diSingapura tu yang dipenohi lace lace memang gila dibuatnya...tapi tak apa ya PMT , sebab PMT juga banyak membantu Kak Intan dalam menghias kediaman supaya nampak lebih cantek he..he.. terima kasih banyak banyak sekali lagi.

Ok lah setakat ini dulu cerita Kak Intan pagi ni ...salam dan jumpa lagi dientry seterusnya...

1 ulasan:

  1. wahhhh saya suka sangat kak..kena bnyk kongsi ilmu dan ilham inggeris klasik ngn akk ni....thumbs up 4 u sis!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...