21 Januari 2011

NASI GORENG PATAYA...

Salam.
Selamat pagi hari Sabtu buat semua kawan kawan geng blogger. Hari nampak mam mendung lagi cuaca. Dah bersarapan ke? Menu Kak Intan kali ini ialah nasi goreng Pataya. Menu yang Kak Intan buat untuk sarapan pagi dan juga makan tengahari. Maklumlah masa buat nasi Pataya ni kebetulan cuti sambutan Hari Deepavali... jadi anak anak semua bangun lambat, jadi tak payah la Kak Intan buat sarapan pagi. Memandangkan lebihan nasi banyak lagi jadi Kak Intan masak nasi goring Pataya ni dengan kuah sup sayur ..sudah cukup kan.
Ada juga lauk tambahan lain yang Kak Intan sertakan dalam nasi Pataya ni, iaitu kepak ayam goreng,keropok ikan goreng serta ulam timun dan juga buah tomato, selain dari telor daday yang membalut nasi Pataya tersebut.
Ok lah jemput semua cuci mata dipagi hari ni. Sesiapa nak masak nasi seperti ini bolih jugakan. Rasanya dah ramai yang pandai memasaknya jadi tak payah lah Kak Intan menyertakan resepinya disini. Sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ini ..salam dan jumpa lagi dilain entry...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...