03 Januari 2011

SEMALAM DISINGAPORE (PART 11)

Salam.
Cerita bercuti keSingapura bersambung lagi. Lepas Kak Intan sampai dirumah ibu saudara diBedok North Kak Intan berehat sampai kepetang. Ezzat dan kawan nya Aizudin ada program lain. Dia dengan anak sepupu Kak Intan ke Sentosa Island dan juga Jurong Bird Park, Kak Intan tak ikut sebab ada acara lain pada sebelah malam nya...lagi pun petang tu Kak Intan menunggu kedatangan salah seorang kenalan dari FB..sapa lagi kalau bukan PMT (Dainty Blue). PMT tinggal tak jauh dari kawasan perumahan ibu saudara Kak Intan ni. Dia datang lebih kurang jam 5 petang tu.
Malam tu selepas je waktu Maghrib kami keluar dengan ditemani sepupu Kak Intan suami isteri. Sebelum tu kami menjemput PMT dirumah nya untuk sekereta ketempat yang dituju iaitu diKampong Glam Cafe. Memang ini lah yang dinanti nantikan olih kami semua untuk bertemu setelah berbulan berkenalan di FB....dan duk chatting setiap hari. Alhamdulillah terlaksana juga perancangan kami, sebelum ni kami merancang untuk bertemu diKuala Lumpur...tapi atas sebab sebab tertentu rancangan terpaksa dibatalkan. Apa pun Kak Intan rasa seronok dapat bersua dengan mereka walau pun sekejap.
Inilah dia dua orang kuat dari geng ESDG Singapura yang datang malam tu .. iaitu Yani (Suriyani) dan juga PMT (Dainty Blue- yang duk menjeling sebelah Yani ni)
Terima kasih Kak Intan ucapkan pada mereka semua ni yang menunggu kedatangan Kak Intan. Tak tau nak cakap macam mana tapi Kak Intan rasa sungguh berbesar hati. Kami duduk berborak disitu sampai kedai pun dah nak tutup sambil menjamu selera makan dan minum malam tuhhh....aduhaiii terima kasih banyak banyak ya pada PMT sebab belanja kami makan malam tuhh...

Inilah dia Kg Glam Cafe.. yg terkenal di Singapura. Kalau di KL tempat ni suasana nya lebih kurang diJalan Doraisamy atau pun di Jalan Bukit Bintang..
Inilah kaum wanita nya yang datang pada malam tu duduk dari kiri...Rohana, Izzah dan Dewi...yang berdiri dibelakang tu Suriyani and Me.
Semua sekali ada dengan kaum bapa...dari kiri PMT (Pengerusi ESDG Singapore) Zaly, Dewi, Yani & suaminya Pie, Hubby, Kak Intan , Izzah dan juga Rohana.
Tak habis habis posing ...sebab seronok sangat nihh ...he..he....lepas ni entah bila dapat jumpa macam ni. Tapi tak apa kami selalu jumpa diFB setiap hari..Ok lah layan dulu pic ni ya...Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu..salam

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...