06 Januari 2011

PUTERI DUA SEBILIK..DAH LA CANTEK...SEDAP PULA TU...

Salam.
Selamat bertemu lagi dipagi Jumaat yang mulia ini. Sarapan apa ye pagi ni? Kak Intan pun tak tahu lagi apa yang nak dibuat sarapan hari ni. Silap silap haribulan turun kepasar beli aje yang dah siap tu kan. Takat nak makan sorang tak berbaloi rasanya kalau nak masak. Entry kali ni tentang buah tangan yang Kak Intan dapat dari Safura yang berkunjung kerumah Kak Intan malam Selasa yang lepas...ini pertemuan Kak Intan dengan Safura semenjak mengenali nya melalui FB. Maaflah gambar nya tak dapat Kak Intan paparkan sebab tak dapat "permit" dari Safura. Masa dia datang kerumah Kak Intan ini lah buah tangan yang dibawanya untuk Kak Intan..kuih tepung bungkus, atau pun nama yang diberikan olih sipembuat nya PUTERI DUA SEBILIK.
Kak Intan suka tengok cara sipembuat kuih ini...nampak begitu kemas sekali, bersih dan juga rasanya sudah tentu lah sedap...
Kalau tak percaya cuba tengok isi nya yang kat dalam tu bila kena buka... berwarna warni, pandai kan sipembuat ni mempelbagaikan warna nya tu, lagi tambah menarik nampaknya dengan warni sebegini.
Dalam nya tu bila dipotong dengan sudu ada inti kelapa,kata Safura kuih ni dia tempah khas masa nak datang kerumah Kak Intan malam tu...terima kasih banyak banyak ya Safura. Jauhnya Safura menempah sampai ke Shah Alam. Apa pun Kak Intan mengucapkan terima kasih banyak banyak pada Safura ya sebab sudi bertandang kerumah Kak Intan . Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan pepagi ni. Salam dan jumpa lagi dientry yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...