29 Januari 2011

TERIMA KIRIMAN DARI BRUNEI...

Salam semua,
Selamat pagi, apa khabar dihari cuti hujung hujung minggu ini. Diluar cuaca mendung sahaja nampak nya hari ini. Apa sarapan kita pagi ni ekkk?...Kak Intan pun masih belum bersarapan, rasanya hari ni bersarapan diluar nampaknya memandang hari ini Kak Intan dan Hubby je yang tinggal dirumah yang lain masing masing ada hal...
Kali ini Kak Intan nak berkongsi cerita tentang kiriman dari seorang kawan yang tinggal diBrunei Darussalam. Kawan ni Kak Intan kenal melalui alam cyber je. Tapi kami selalu chatting tentang diri dan juga aktiviti keluarga masing masing biasa nya. Kebetulan baru baru ni kawan Kak Intan ni membawa keluarga nya bercuti dan membuat Umrah diMekah dalam 2 minggu yang sudah. Secara tak lansong dia juga bertemu suami nya yang bekerja diJeddah.
Inilah buah tangan dari nya semasa pulang melakukan Umrah disana, alhamdulillah terima kasih banyak banyak ye dengan buah tangan yang dikirimkan ini. Alahai terharu la Kak , bila Kak Intan menerima kiriman ini, sekali lagi terima kasih banyak banyak buat Kakak dan keluarga. Semoga Kakak seisi keluarga dimurahkan lagi rezeki didunia dan akhirat..aminnnn

Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi minggu ini. Salam dan selamat bercuti bersama keluarga dan orang orang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...