01 Februari 2011

ROMBONGAN KEKILANG VANTAGE

Salam,
Selamat petang kepada semua kawan kawan blogger yang sudi singgah ke blog Kak Intan ini. Selamat bercuti juga kepada kawan kawan yang sedang bercuti panjang mungkin, ialah sempena sambutan Tahun Baru China ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti kemana sahaja destinasi yang mungkin telah dirancang terlebih dahulu. Sudah beberapa hari blog Kak Intan ni tidak diupdate.... rasa macam sibuk sangat dalam dua tiga hari kebelakangan ini. Ok ini entry yang tertunda beberapa hari yang lepas. Sebenar nya pada 29 January 2011 Kak Intan dan beberapa kenalan dari Facebook menyertai satu rombongan ke Kilang Vantage yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Rombongan ini diketuai olih Tini yang sememang nya dia seorang pengedar barang barang Vantage ni. Rasa nya ianya disertai dalam 20 orang, kami berkumpul disitu seawal jam 10.00 pagi.
Ini diantara beberapa orang rombongan kami yang sempat mengambil gambar di bilek pameran Vantage tersebut. Sebelum kami dibawa kebilek pameran tersebut kami semua telah diberikan taklimat tentang bagaimana barangan Vantage diproses mengikut prosedur2 yg telah ditentukan. Setelah diberikan taklimat kami dijamu dengan makanan dan minuman olih pihak Vantage, terima kasih pada mereka, semuanya sedap sedap. Selain dari itu mereka juga memberikan setiap dari kami sedikit buah tangan dari pihak Vantage. Terima kasih sekali lagi.
Selesai makan minum kami naik ketingkat atas dibahagian perabot jenama Vantage...bukan main cantek cantek lagi perabot perabot nya bersesuaian pula dengan harga nya. Alah membeli menang memakai kannnn...
Ada juga barangan untuk wanita seperti kasut yang mereka cuba ini...ermmm pun cantek2 juga. Masing masing mencuba kasut Vantage ni.
Apa pun sebelum beralih kebahagian bawah kami sempat bergambar lagi, kalau nak tahu ketua rombongan kami tuuuu...yg berbaju merah dan bertudung merah ni Puan Tini...yang juga seorang bisnes woman di Subang Jaya.
Tak dapat beli , belek belek cuci mata pun dah puas hati rasa nya...sebab semuanya cantek cantek belaka, setanding dengan yang diimport dari luar negara.
Masa lalu nak keluar dari bilek pameran dibawah tangga nya terdapat pancuran air yang cantek cantek ni..diletakkan pula patong patung itek ni...cantek juga..tapi nak beli mana bolih kalau nak hias dalam rumah dengan benda benda yg macam ni...
Masa kat bilek pameran perabotnya Kak Intan berkenan betul dengan corak kain langsir ni... patern langsir nya pun cantek...uishhhh tak ada yang tak cantek semua nya cantek cantek belaka. Sabar je lahhh...kain kain curtain juga ada dijual disitu.pilih je lah mana yang berkenan.
Dalam banyak banyak pinggan mangkok nya, yang ini yang Kak Intan berkenan, putih polos dan tepi nya disalut dengan warna emas...adusssss..tengok pada harga bolih tahan..tak apa simpan je dulu kat situ ya...dah penuh tabung nanti kita datang lagi he..he...
Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan petang ini ...salam dan selamat bercuti, jumpa lagi dilain entry..

4 ulasan:

  1. assalamualaikum kak intan.
    boleh tak sy nk minta alamat kilang vantage utk buat lawatan?

    BalasPadam
  2. Theѕeonline gаmeswill likewise Avaіl your shaver assume kidѕ will honey these оnline games.


    Take a look at my webpage; game

    BalasPadam
  3. the F cuba berhubung dgn tuan punya FB ni dia bolih tolong kalau nak melawat kilang Vantage tu.

    BalasPadam
  4. Salam tuan..sya ingin ambil barang dengan tuan..0134643099

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...