03 Februari 2011

GORENG MEEHOON

Salam dan selamat pagi semua. Jumpa lagi disini. Sarapan apa pagi ni? Yang ini sarapan Kak Intan beberapa hari yang lepas. Dah lama juga Kak Intan tak buat sarapan mee hoon goring ni. Sesekali masak sedap pulak tambah tambah kalau semua penghuni rumah semua berkumpul dan bercuti, apa lagi buat masak sebungkus pun tak cukup. Selalu nya kalau rasa nak makan Kak Intan beli je...sebab yang lain lain tu bersarapan diluar time bekerja kan.
Ada yang tanya Kak Intan macam mana nak bagi meehoon goreng tu sedap rasanya...entah la ya...kalau Kak Intan goreng meehoon nak kasi sedap letak udang kering yang diblender dan juga sedikit minyak bijan direnjiskan kedalam nya..... tapi sekarang Kak Intan tak guna dua2 bahan tu lagi cukup setakat diletakkan bawang putih berlebihan dari bawang merah, cili kering yg diblender, oystersos dan juga cili sos yg ditumis betul2 masak. Lain lain bahan nya sayur2 ikut citarasa masing masing lah kan. Kadang2 tu Kak Intan masukkan juga fish ball dan juga fish cake, telor goreng hancur, potongan cili merah, bawang greng dan juga daun sup/daun bawang yang dimayang dah cukup...Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni, salam dan jumpa dientry akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...