03 Februari 2011

SERONOK NYA BILA GENG FB DATANG.....

Salam,
Isssshhh...ishhhhh ... tak tau apa nak kata bila ada geng dari FB kata nak datang rumah. Seronok sangat..tapi agak terkilan sebab tak dapat hidangkan Ayu dan family makanan yang best best. Cewahhhh...macam la Kak Intan ni pandai sangat memasak.
Sebenarnya petang tu Ayu (Irdayu Halim) datang sekeluarga kerumah Kak Intan sambil sambil nak jalan jalan keUptown Danau Kota pada sebelah malam nya. Hari tu pulak masing masing sedang bercuti sempena Tahun Baru China.... jalan pun agak lengang hari tu... apa lagi memang seronok kalau jalan raya tak sesak macam selalu. Mana nak dituju cepat je sampai nya kan.
Ini lah dia Ayu dan suami nya..Wak Lin..ishhhh lupa la pulak apa nama sebenar suami Ayu ni...
Anak anak Ayu juga datang... semuanya hero hero....nampak gaya nya kita berdua ni seri 3 sama la Ayu...anak Kak Intan pun 3 lelaki he..he...
Kesian Ayu, tak ada apa yang dapat Kak Intan hidangkan, hanya makanan makanan ringan sahaja. Terima kasih juga pada Ayu yang siap bawa buah tangan lagi... Ini lah Ayu..kawan yang selalu ngekek ngekek depan pc pagi sampai la kemalam ..ada je yg diborakkan sambil sambil buat kerja rumah.. ok sampai disini dulu ya...jumpa lagi nanti dientry seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...