Assalamualaikum,
Jumpa lagi dientry masakan yang Kak Intan buat semalam. Sejak akhir akhir ni suka sangat buat puding roti. Bukan nya apa sekeluarga pulak tu yang meminati nya. Tapi kali ini Kak Intan guna kukus je untuk memasak nya, selalunya gunakan kaedah membakar. Sedap juga....nak kan resepinya? Jap ya..alahai macam yang orang lain buat juga, tapi Kak Intan tambah epal dan juga serbuk kulit kayu manis resepi ni Kak Intan dapat dari Zahara Bee, wife kepada sepupu Kak Intan yang tinggal di Singapore tu..ok jum tengok resepinya...
12-13 keping roti
2-3 cawan susu segar
4-5 sudu mkn gula
2 sudu mkn butter (cairkan)
5 biji telur
1 sudu mkn tepung jagong
1 sdt esen vanilla
1 sdm cinnamon powder (serbuk kayu manis)
raiisin / buah campur & hirisan 2 biji epal
caranya :-
guna loyang 4segi 8x8inci
- pukul telur, gula, butter, esen vanilla & masukan tepung jagung
- roti di potong 4 susun roti dalam loyang pembakar (1 layer dulu)
- jiruskan susu segar atas roti biar roti basah, tabur buah2, epal, serbuk kayu manis & jirus pula banchuan telur secukupnya
- ulang susunan macam tadi: letak roti, susu, buahan..etc buat 3 lapis, jika suka boleh letak kekacang di atas.kukuslah lebih kurang 1 jam
-angkat dan sejukkan didalam peti sejuk.
Untuk sos custard:-
Kak Intan gunakan susu cair, setitis esen vanilla sedikit butter, dan juga2 sudu tepong custard.
Kacau kan semua bahan2 didalam periok diatas api yg sederhana sehingga berkilat dan pekat.
Bila berkilat tanda nya ianya sudah cukup masak.
Bolih lah dijirus diatas potongan puding roti yg telah disejukkan tadi semasa memakan nya.
Selamat mencuba...
Wassalam.
Sedapnya puding ni... selera mata memandang
BalasPadam