12 Mac 2011

BUBOR NASI SAMBAL GESEK (IKAN BILIS)

Assalamualaikum.
Selamat malam dan selamat berhujung minggu buat semua kawan kawan blogger. Kemana agaknya bercuti dimusim musim cuti sekolah ni? Mana yang tak bercuti tu mungkin juga banyak undangan majlis perkahwinan kan disekitar kawasan perumahan masing masing. Ada juga yang mengadakan majlis pertunangan dan sebagai nya sempena cuti panjang ini. Ok lah seterusnya jum tengok apa menu yang Kak Intan letakkan disini kali ini. Dah lupa bila masak tapi rasanya dalam seminggu yg lepas, masa tu badan tak berapa nak sihat selera makan pun berkurangan, begitu juga dengan anak anak Kak Intan semuanya tak berselera makan. Jadi Kak Intan pun buat lah bubur nasi.
Bubur nasi ni selalunya Kak Intan masak rebus je gitu , bila nasi nya dah betul2 kembang dan masak baru Kak Intan camporkan dengan sedikit santan pekat, bawang putih yg dimayang serta sedikit halia juga garam. Masa makan nya taburkan dengan daun sup dan juga bawang goreng. Seperkara lagi kalau nak lagi sedap Kak Intan taburkan dengan sambal gesek-iaitu ikan bilis yg telah dibersihkan digoreng garing2 kemudian ditumbuk sedikit jangan sampai hancur sangat. Ikan bilis tadi dicamporkan juga dengan bawang putih (1 biji) +kan dengan cili api (digoreng juga)-banyak ikut selera masing2 lah kalau nak pedas bubuh banyak, kalau tak nak pedas busbuh sikit je. Ditumbuk hancur dan gaulkan dengan ikan bilis tadi...wahhhhh memang sedap ni. Adalagi ... rebuskan pula telor masin..aduhai... memang selera makan kalau buat macam ni.. he..he...opsss..terlupa...ikan bilis yg ditumbuk tadi diperahkan limau nipis atau limau kasturi terlebih dahulu sebelum memakan nya. Ok lah...sampai disini dulu ya... jumpa lagi dientry seterusnya... wassalammmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...