11 September 2011

RUMAH TERBUKA DENGAN GENG MY RESEPI.

Assalamualaikum,
Selamat pagi hari Isnin, apa khabar kawan kawan blogger semua...mungkin ramai yang sedang menjalankan puasa sunat sekarang ni kan....alhamdulillah..Entry kali ini tentang rumah terbuka dirumah salah seorang geng My Resepi, iaitu dirumah Anizah Md Nor dan Encik Rahmat , terletak diKg Sungai Ramal Dalam Kajang Selangor. Terima kasih Anizah kerana mengundang Kak Intan sekeluarga saban tahun. Setiap kali datang kerumah terbuka Anizah ini acara yang ditunggu2 ialah untuk bertemu kawan kawan yang dah lama tak ditemui, pada Kak Intan acara makan makan tu perkara yang kedua.
Pada malam tersebut Kak Intan dapat lah bertemu kembali dengan Kak Cik (Fadzilah Saad ) yang datang jauh daripada Kemaman Terengganu, tak sangka pulak malam tu Kak Cik pun sama datang. Selain Kak Intan dan Kak Cik, Hamsiah Junid juga datang bersama keluarga nya.
Kalau dah jumpa acara posing mesti ada, Ok lah...sampai disini dulu ya...jumpa lagi dilain entry. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...