13 September 2011

SERONOK NYA BILA GENG FB BERKUMPUL.

Assalamualaikum,
Nak bercerita kisah rakan rakan FB yang berkunjung kerumah Kak Intan pada hari Khamis yang lepas 8hb September 2011 selepas solat Maghrib. Kedatangan mereka memang dah Kak Intan aturkan...supaya mereka dapat bertemu dengan tetamu yang istimewa dari seberang Tambak Johor ini. Selalunya kami berchatting dilaman FB sahaja...tapi malam tu kami semua bertemu bukan dialam maya lagi...tapi secara realiti nya...

Ini lah tetamu Kak Intan dari Singapura yang datang pada malam itu...Mohd Hatta, diFB kami panggil beliau dengan nama PMT sahaja..Hatta datang dengan berbaju Melayu pink sepasang siap dengan songkok tinggi berhiaskan broch berbentuk kipas lagi. Bukan main bergaya lagi...Lain lain yang datang malam tu ialah Julia Othman dan family, Irdayu Halim dan family, Ema Abd.Rahman dan Family, Hamsiah Junid pula datang sendirian, oh ya Hatta datang bersama adik perempuan nya...
Bila dah jumpa selain pot pet semestinya acara bergambar yang diutamakan..ye lah bukan senang nak jumpa dalam satu masa macam ni...selalu nya jumpa dilaman FB...kekadang kalau dah chatting sesama diorang ni dah tak ingat apa apa dah asyik ngekek je depan pc/lappy....bukan kisah apa pun yang kami sembangkan selalu nya kisah pinggan mangkuk, kisah menghias rumah tangga masing masing..sesekali keluar juga lah kisah menu2 yang kami masak untuk hidangan keluarga.
Penat dimeja makan kami beralih kebahagian depan sikit duduk bersembang..riuh rendah malam tu...nasib la jiran sebelah menyebelah faham dengan keadaan rumah Kak Intan malam tu...alhamdulillah... Malam tu sempat juga lah kak Intan dan Hubby menyediakan sedikit hidangan buat mereka ..antaranya nasi beriyani, kambing masa cacamarba, ayam masak rendang, ketupat segera, kuah kacang, lemang, serta sedikit pencuci mulut...Harap harap tetamu kak Intan pada malam itu berpuas hati dengan hidangan yang disediakan..



Ni Hamsiah (Ham) dengan Ema yang pertama kali bertemu muka....sambil makan sambil bercerita diorang ni....depan tu ada sedikit bubor jagung yang Kak Intan masak petang tu

Amboi fokus betul Julia sampai melopong mendengar Intan Sufara bercerita...yang Irdayu pulak..ermmmm he..he...layan aje la gambar2 diorang ni
Kesian juga dek kerana...rumah kak Intan yang tak sebesar mana tu...kaum bapa sebahagian nya duduk diluar rumah..kat situ kak Intan pun dah siap kan kerusi...jadi selesa lah diorang bersembang....apa pun mohon ampun dan maaf dari Kak Intan dan family jika ada kekurangan layanan pada hari tersebut..almaklumlah kan...masing2 balik awal malam tu disebabkan anak anak nak bersekolah keesokkan pagi nya.... tapi masing masing berpuas hati dapat bertemu dan berkenalan dengan lebih deka lagi...Terima kasih memeriahkan rumah Kak Intan pada hari itu terutamanya kepada Hatta dan adik nya Intan Sufara. sampai disini dulu catatan Kak Intan ya...wassalam

1 ulasan:

  1. salam rindu kak intann..waahh bestnye..kalu tau ada gader2 nih leh kita terjah gak umah k.intan pas abih klinik..hehe! pepun selamat hariraya maaf zahir batin ye kak inatan..kita x sempat nk beraya sgt sbb sibuk banget..mcm2 hal berlaku..ishish!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...