10 Oktober 2011

ESDG GATHERING- PENANG VILLAGE.

Assalamualaikum,
Selamat malam semua kawan kawan blogger, dan terima kasih juga sudi singgah diblog Kak Intan ini. Apa khabar semuanya?...sihat? dah makan malam? Ok lah sambil sambil duduk rehat depan pc ke, lappy ke atau apa saja yang bolih baca blog Kak Intan ni jum...... kita layan gambar gambar Kak Intan dan rakan rakan FB dimajlis perjumpaan kami pada hari Sabtu 8hb Oktober 2011 yang baru lepas.
Majlis ini sebenarnya dibuat untuk perjumpaan meraikan AIdilfitri yang baru sahaja kita sambut sebulan yang lalu. Memandangkan ahli ahli dari group kami sibuk semasa musim perayaan tempohari ianya kami buat selepas sahaja Aidilfitri berlalu setelah seminggu lebih, tak apalah kan...janji kami bertemu juga akhirnya. Bolih katakan kesemua yang datang dimajlis ini adalah ahli ahli didalam ENGLISH STYLE DECORATION GROUP (ESDG) diFB. Ahli ahli ESDG setakat ini berjumlah 3,195 orang, kebanyakkan nya dari Malaysia, Singapura, Brunei dan ada juga rakyat Malaysia yang tinggal diluar negeri menyertainya. Alhamdulillah setakat ini juga kami telah 3 kali membuat perjumpaan seperti ini.


Pertama kalinya perjumpaan kami ada kan pada lebih kurang setahun yang lepas diFULLHOUSE LIFESTYLE & STORE diJalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Perjumpaan pertama kali itu kami berkumpul seramai lebih kurang 20 orang ahli kebanyakkan yang hadir terdiri dari ahli ahli yang tinggal disekitar KUALA LUMPUR...ada juga 2-3 orang ahli yang datang dari Kuantan Pahang dan juga Perak.

Dalam perjumpaan 8hb Oktober yang lepas pula seramai lebih kurang 33 orang ahli datang berkumpul, ada yang datang dari Melaka, Perak dan juga dari Johor Baru, terima kasih pada mereka mereka ini sudi datang walau pun dari jauh. Kali ini ianya kami adakan diRESTOREN PENANG VILLAGE, GREAT EASTERN MALL , diJalan Ampang, setiap ahli yang ingin mengikuti perjumpaan ini dikenakan bayaran sebanyak $25/= seorang untuk makan dan minuman. Agak agak berbaloi juga. Dan ada juga pihak AJK membawa sedikit buah tangan berupa juadah hariraya untuk sama sama menikmatinya seperti ketupat segera, rendang ayam, kuah kacang, beberapa jenis biskut dan juga kek yang mereka buat sendiri.
Inilah antara ahli ahli kami yang datang, dari kanan...Echa Massuzanalisa dari Shah Alam, Elizabeth Adat dari Slim River Perak,Aida Abd Hashim, Nani Saadun dari Cheras,Su dari Johor Baru, Kak Hidayah ohd Yusoff dan juga Kak Shida Shukor keduanya dari Kuala Lumpur.
Dari kiri Zareen Begum, Farida Fadzil, dihadapan nya tu Norliza, semuanya sedang menjamu selera, sambil sambil tu dapat bermesra dengan lebih dekat lagi, sebelum ni mereka mereka ni dapat berchatting melalui laman FB dalam group kami sahaja.
Jemput makan semuanya ya..he...he...
Ada antaranya yang datang ini pertama kali menghadirkan diri dalam perjumpaan ini...ada juga yang datang setiap kali kami ada kan perjumpaan..
Antara yang tak pernah ketinggalan dalam setiap perjumpaan kami ialah Kak Shidah Shukor bersama sama dengan anaknya ini Liyanabil dan cucu nya yang sorang ni...

Antara yang pertama kali datang dan yang dah selalu datang he...he..berdiri dari kiri Azlina Hamjah, Kak Wan Mahfuzah,Datin Elly (selaku Presiden dalam Ladies In White) dan juga Norliza, Yang duduk pula dari kiri, Elizabeth Adat, Ema Hj Abd Rahman dan juga Zainab Safian.
Adusss...serius je nampak nya orang bertiga ni menjamu selera, dari kiri Zainab Safian, Faridah Wahab dan juga Azie Thani. Yang bawah bertiga ni apa cerita pulak ya...seronok sangat ni he...he......yg berdua tu dah tahu nama nya kan , tapi yang sorang tu paling kiri sekali ialah Kak Yang Othman (ahli baru) yang datang dari Melaka.
Kebanyakkan dari diorang ni walaupun pertama kali bertemu tapi semuanya macam dah bertahun tahun berkenalan he..he...ok lah layan dulu gambar gambar diorang ni ya...Kak Intan undurkan diri terlebih dahulu, Wassalam jumpa lagi dan selamat malam.

2 ulasan:

  1. thanks to datin elly...
    masa function nie saya yg handle selaku operation supervisor pv...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...