Jumpa lagi dipetang hari Isnin ini, apa khabar semuanya, Kak Intan mengharapkan agar geng geng blogger semua sihat2 walafiat ya. Sambil sambil minum petang kita layan gambar gambar yang Kak Intan tempelkan disini.
Kak Intan dan suami sebenarnya memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada Mohamad Noor Nurudin dan isterinya Maznum diPutrajaya waktu ini. Bapa kepada pengantin lelaki ada lah rakan sepejabat semasa Kak Intan masih bekerja dahulu. Dah lama tak jumpa diorang ni suami isteri tahu tahu bila bertemu semula dalam FB anak nya dah besar2 dan nak mendirikan rumah tangga dah pun
Wauuuu, bukan main berseri pasangan pengatin baru kita ni. Tahniah Kak Intan ucapkan kepada pasangan ini, semoga perkahwinan mereka kekal hingga keakhir hayat.
Antara sajian yang dihidangkan ialah daging kambing yang dipanggang, .berselera nampak nya tetamu hari itu, tapi Kak Intan tak makan pun ... cuma Kak Intan berselera dengan kuih koci dan juga limau sunkist yang dah siap dipotong ni sebagai desert.. alhamdulillah
Yang ini pula buah tangan dari pihak pengantin lelaki untuk tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Ok sampai disini dulu ya...Kak Intan mengundurkan diri...jumpa lagi dalam entry yg berikut, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan