18 Mei 2012

SEMBANG SANTAI DILAMAN KAMPONG HOTEL SINGGAHSANA PJ.


Assalamualaikum, 
Pada 8hb Mei yang lepas Kak Intan telah dijemput olih Puan Rashidah Ibrahim, iaitu Penolong Pengarang Majallah Anjung Seri untuk sama sama kerestoren Laman Kampong Hotel Singgahsana PJ dalam program Sembang Santai. 

Antara yang Kak Intan undang sama ialah Nani Saadun dari Iman Home Decor dan juga Latini Adam dari Hannymadu Home Decor. Ada juga beberapa teman lain yang Kak Intan undang sama tapi malang nya mereka masing2 ada urusan lain. Mereka ni adalah teman teman yang sama minat dari group THE LOVERS OF VINTAGE AND ENGLISH DECORATION GROUP  ( LOVENDER)....Paling seronok bila dapat bertemu dengan Puan Elyza Yong , tauke kain Elyza yang tersohor dengan kain kain nya yang bercorak Inggeris dan juga selaku pengasas Elyza's Home.

Selesai sahaja perbincangan kami semua dijemput olih pihak Hotel Singgahsana untuk menjamu selera. Pelbagai masakkan ala ala kampong dihidangkan... sekali gus pihak hotel juga mempromosi hidangan nya ini khas untuk bulan Ramadhan yang akan kita lalui tidak lama lagi.
 Tak tahu mana satu nak makan hari tu, ada 2-3 jenis nasi yang disediakan, lauk pauk nya pula bermacam macam jenis, kuih muih, kudap kudapan pun ada, pilih aje mana satu nak makan ikut selera masing masing.




Rasanya kalau ada sesiapa yang bercadang nak berbuka puasa disini dalam bulan puasa nanti tak ada masaalah, mengikut kata Encik Abd Manaff Abd Rahim (Asst Sales & Catering Manager)  daripada berbuka puasa , solat Maghrib, solat Terawih bilik khas telah pun disediakan. Imam nya juga disediakan olih nggota dari kumpulan Nasyid Rabbani disepanjang bulan Ramadhan nanti.


Kata En Abd Manaff lagi hotel ini ada lah hotel pertama yang pekerja nya 99.9 peratus berugama Islam dan ianya mendapat taraf Halal yang pertama diSelangor.... alhamdulillah
Ok lah layan dulu ya gambar2 yg Kak Intan sertakan ni... Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu...wassalam

2 ulasan:

  1. salam K.Intan..bestnya jadi tetamu Majalah Glamour gitu.Atie pon minat gak beli buku Anung Seri ni...menambah idea menghias rumah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam Azatie... terima kasih..he..he...kalau Atie dekat bolih ajk Atie join sekali

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...