15 Mei 2012

GUANZHOU KE SHENZEN - PART 2



Assalamualaikum,
Selamat pagi.... nak sambung cerita lagi masa ke Guangzhou tempohari. Sementara menunggu kedatangan bas yang membawa kami ke Shenzen sempat juga cuci cuci mata kat depan hotel tempat Kak Intan dan rombongan menginap. Kata Pak Yusoff ...tour guide kami disana sebelum jam 9 pagi memang ramai para peniaga akan membuka jualan dikaki2 lima bangunan. Selepas jam 9 aktiviti ini tak dibenarkan lagi sebab waktu itu waktu beroperasinya pejabat2 kerajaan mereka.

Barang barang yang dijual lebih kurang sama juga macam yang ada diMalaysia ni...

Antara yang Kak Intan nampak kain lace ni, rasanya lace ni untuk dibuat kelambu, ianya dah siap dijahit pun, tapi Kak Intan tak tanya la pulak harga nya, niat dihati esok lusa baru nak beli lace ni, sebab Kak Intan ingatkan hari hari nyonya ni buat jualan disitu, rupanya esok harinya, lusa juga tak datang lagi....hampa...he..he... masaalah nya juga kalau nak membeli kena ada yang pandai tawar menawar dan pandai sikit sikit berbahasa China. Kalau tidak ada semua tu memang masaalah jadi nya sebab mereka memang tak pandai berbahasa Inggeris.

Penat cuci mata, bas pun sampai, kami semua nya bertolak keShenzen, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, patut la lama sebab bas2 disana tak macam diMalaysia, bolih pecut sampai 120 km - 130 km sejam... disana dilarang kenderaan dipandu laju...

Rasanya kalau diMalaysia, mengambil masa dalam 11/2 jam sahaja dah bolih sampai dah, tapi tak apa lah kan, Kak Intan pun suka juga bas yang tak laju ni, sekurang2 nya dapat juga cuci mata
sepanjang perjalanan tu. Mulanya sangkaan Kak Intan Guangzhou / Shenzen sebuah pekan yang kecil, tapi salah sangkaan Kak Intan, mereka lagi nampak membangun. Banyak bangunan2 pencakar langit sama macam di Malysia, cuaca nya juga lebih kurang sama dengan cuaca ditanah air kita.

Di Shenzen ini lah tempat yang paling seronok dilawati iaitu WINDOW OF THE WORLD, kesemua mercu tanda dunia ada disini.
Ok nanti kita sambung lagi cerita yag seterusnya....

7 ulasan:

  1. salam K.intan.Bestnya bercuti ke luar negara...mmg nampak cantik kain lace tu.Cam rugi lak aritu xbeli ya kak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. he..he...waalaikum salam Azatie...sesekali keluar negara tengok2 negara orang...ya la Azatie..menyesal tak sudah .ingat kan hari2 nyonya tu bisnes depan hotel tu rupanya dia tukar2 tempat.

      Padam
  2. Aalam k.intan. Dtg dari rmh kakyon, seronok mkn angin ni, bila balik tak sedar poket kering...hehe..ss

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo ye ke ..terima kasih singgah sini ya...betul tu Zana .tambah2 diGuangzhou tu barang nya murah semua nak dibeli rasanya.

      Padam
  3. apa nama hotel akak kat guangzhou?

    BalasPadam
  4. apa nama hotel akak kat guangzhou?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak lupa la dik nama hotel nya tu tapi dia ditengah bandar Guangzhou tu...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...