Dah lama kita tak jumpa disini kan, ok, tak ada apa apa cerita pun kali ini cuma cerita Kak Intan dan family pergi bercuti mengikut program Hari Keluarga tempat suami Kak Intan berkerja. Pagi pagi lagi pada 28hb April kami dah bersiap siap bertolak ke tempat kerja suami di Taman Keramat. Kami sampai disana jam 8 lebih... sesampai nya kami sekeluarga bas yang akan membawa kami dah siap menunggu . Ada 6 buah bas yang membawa kami semua ke Pantai Port Dickson...
Dalam perjalanan dari Taman Keramat kami singgah kePutrajaya terlebih dahulu, maklumlah sebahagian dari pekerja SHTSB datang dari Pulau Pinang dan juga sebahagian nya pula dari Temerloh Pahang, ada yang tak pernah lagi sampai kePutrajaya.... jadi kami semua singgah disana sambil bersarapan pagi dengan nasi lemak yang telah disiapkan olih AJK yang ditugaskan untuk menyediakan makanan. Alhamdulillah....
Sedap pulak tu nasi lemak yang disediakan, dengan ayam goreng, sambal dan juga telor serta kacang goreng didalam nya. Tambah tambahan pula makan beramai ramai mengadap tasik diPutrajaya tu...
Lepas makan lepak sekejap sambil menunggu kawan kawan yang lain shopping digerai gerai yang disediakan disitu. Lebih kurang satu setengahjam diPutrajaya, kami kemudian meneruskan lagi perjalanan kali ini kami singgah pula diNilai 3, aduyaiiiiiii...... kat situ cuaca nya panas terik waktu tu, Kak Intan dan family tak ada shopping apa pun disitu, cuma jalan dari satu kedai kesatu kedai untuk cuci mata. Sambil sambil tu survey juga apa yang nampak,
Sampai kat satu kedai yang menjual peralatan untuk mengadakan majlis perkahwinan Kak Intan tuju terus kat tempat yang menjual bunga bunga tiruan,alahai mahal nya.....berbanding dengan diKuala Lumpur yang menjual dengan harga $2.50 tapi kat situ dia jual sampai $8.50...jauh bezanya.... Masuk pula kat satu lagi kedai yang menjual peralatan English Deco, Kak Intan tengok table lamp kat situ dia jual sampai $150/=, kalau tak silap diKL ni harga nya tak sampai pun $100/= apa apa pun hanya cuci mata, sebab orang kata diNilai ni barang2 nya murah2, tapi pada Kak Intan ianya agak mahal.
Lebih kurang 2 jam diNilai, kami teruskan perjalanan lagi kePort Dickson, sebab program sepatut nya bermula jam 2.30 petang, ada acara sambutan ditempat penginapan kami katanya... apa pun ada sedikit kesulitan dalam perjalanan petang tu... jalan keluar ke Port Dickson jammed teruk disebab kan ada 2 kemalangan berlaku waktu itu , jadi kami semua lambat sampai kedestinasi petang tu.
Sampai diPermaisuri Resort, sambutan bukan main meriah lagi diberikan olih pihak resort, ermmm...terpampang pulak diresort tu muka Anuar Zain yang buat show untuk Hari Setiausaha...mak aihhhhh...tengok harga tiketnya pun bolih tahan...he..he....
Selesai upacara sambutan olih pihak resort , kami semua mengambil kunci bilek masing masing, dah selesai menyimpan barang dibilek kami diarahkan untuk kedewan makan dan dijamu dengan minum petang hari tu.
Ok sampai disini dulu cerita Kak Intan kali ini jumpa lagi dientry yang akan datang...wassalam
Assalam Wah kak Intan sunyi jer gi PD rupannya!! best tak???Nampak cam meriah jer tu!
BalasPadam