02 Mei 2012

DINNER SHTSB....PERMAISURI RESORT


Assalamualaikum,
Selamat pagi Khamis, hari ni nak sambung lagi cerita tentang Hari Keluarga SHTSB yang berlansong diPermaisuri Resort Port Dickson, setelah selesai solat maghrib dibilek masing masing tepat jam 8 malam, semua warga kerja SHTSB serta keluarga dah turun ke Dewan Semarak Permaisuri Resort. Malam tu diadakan pula jamuan makan malam.

Kedatangan para VIP dari SHTSB, tema malam tu hitam, merah dan juga putih. Masing masing nampak berseri2 dengan pakaian yang disarungkan. Yang jalan paling depan sekali, walau pun nampak agak berusia - kami semua panggil dia Mak Tok, merupakan orang kuat sekali dalam SHTSB.

Big Boss bergaya sekali dengan anak nya dan juga isterinya..

Yang ini juga antara salah seorang big boss diSHTSB.
Antara yang duduk semeja dengan family Kak Intan malam tu Ina dan juga Abang Teh serta family





Malam tu juga diadakan beberapa persembahan daripada kakitangan SHTSB sendiri, ini adalah salah satu persembahan yang dibawa khas dari kakitangan SHTSB Chenor Pahang. Mereka membuat persembahan silap mata. Aduyaiiiii...kelakar persembahan diorang ni... gelak je sepanjang persembahan mereka ni.


Ini pula persembahan dari kakitangan cawangan Taman Keramat Kuala Lumpur... irama 60han ni...leka tengok diorang ni menari kat atas pentas.
Ucapan dari pihak SHTSB... big boss En Zoal, ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni... jumpa lagi dientry seterusnya...wassalam

1 ulasan:

  1. Assalam Kak Intan...wah tema merah & hitam ke??? Cun...I like!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...