01 Jun 2012

KAWAN KAWAN LAMA BERKUNJUNG KERUMAH...

 Assalamualikum,
Jumpa lagi kita disini ya., kisah yang kak Intan kongsikan ini berlaku pada hari Ahad yang lepas, sewaktu salah seorang dari jiran Kak Intan mengadakan majlis perkahwinan anak kedua nya diDewan Serbaguna Wangsa Maju. Kebetulan kedua ibu bapa pengantin tersebut kenalan rapat En.Hubby masa berkerja dengan Mara Holding dulu, jadi antara para jemputan nya juga terdiri dari kenalan kenalan lama sewaktu berkerja disyarikat yang sama.

Selepas selesai meraikan majlis perkahwinan tersebut mereka beramai ramai singgah kerumah Kak Intan, alahai tak jauh mana pun rumah pengantin dengan rumah Kak Intan...dalam 5 minit aje jalan kaki dah sampai...Apa pun terima kasih pada mereka semua kerana sudi singgah, dah lama kami tak jumpa, sesekali kalau ada majlis perkahwinan anak anak mereka (yg dulu nya staff MARA HOLDING) tentu nya anatara kami ini akan dijemput dan disitu lah kami akan bertemu.

Dek kerana keluasan rumah terhad, duduk aje lah mana yang sempat kan...

Bila dah jumpa semula ramai ramai macam ni macammacam cerita keluar..he..he.. dari kecik sampai besar, dari anak anak sampa lah kepada bapa bapa ibu ibu zaman mudanya sampailah kezaman sekarang, memenag seronok...
Ada yang tak duduk, sambil berdiri bercerita tentang kenangan silam masing masing he..he.. Memang beginilah selalu nya kalau sesekali berjumpa.Terima kasih sekali lagi kepada Suhairi dan Ita, Kamrulzaman dan Jayah, Hasni sekeluarga dan juga Saiful dan Milah yang sudi singgah kerumah Kak Intan petang itu... Insyaallah mungkin minggu depan kita bertemu lagi disatu lagi majlis perkahwinan anak bekas staff MARA HOLDING diGombak pula.. layan dulu gambar2 yang ada ini... Kak Intan undur diri dulu ya... Wassalam

2 ulasan:

  1. Selamat pagi kak intan,
    mesti seronok jumpa kawan lama, memang rasa tak cukup masa dan tak cukup mulut nak cerita ye kak Intan, tapi kadag2 dek terllu banyak nak dicerita tak tau mana satu nak dicerita ha ha hahh

    BalasPadam
  2. Mcm kenal le .. ex MHSB 1985-1991

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...