Assalamualaikum,
Selamat pagi Sabtu, hari ni rasa nya ramai yang bercuti sempena dengan Keputeraan Duli yang Maha Mulia Yang DpPertuan Agung Malaysia. ... undangan kemajlis perkahwinan pun banyak rasanya. Ini pula gambar perkahwinan seorang dari jiran Kak Intan..ianya berlansung pada 13hb, Mei yang lepas, baru hari ni sempat kak Intan kongsikan disini.
Meriah sungguh majlis mereka kata En.Hubby, kebetulan waktu itu kak Intan tak dapat hadir sama kerana Kak Intan mengikuti rombongan keGuangzhou- Shenzen, jadi anak anak dan suami sahaja yang turut sama memeriahkan majlis mereka.
Apa pun Kak Intan ucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua (Farizal dan Kapten (isterinya) moga mereka kekal hingga akhir hayat dan diberkati Allah rumah tangga mereka..aminn..
Ok sampai disini dulu...jumpa lagi dientry yang seterusnya, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan