Assalamualaikum
Selamat pagi Selasa, apa khabar?... hari ni pepagi ni Kak Intan nak share menu yang Kak Intan masak semalam untuk berbuka puasa. Kalau 3-4 tahun yg lepas kami berbuka dengan kuih muih terlebih dahulu tapi sekarang tidak lagi. Lebih selesa dengan memakan sebiji kurma, minum air lepas tu terus ambil nasi dan lauk pauk nya. Antara yang Kak Intan masak ialah sambal tumis udang.
Kari ikan pari bercampor kacang bendi dan juga tomato.
Ulam timun colek dengan sambal tempoyak.
Pemanis mulut nya pula ialah puding roti... itu sahaja... he..he...hari ni tak tau lagi apa menu yang akan dimasak.. hari hari belek menu... apa yang sesuai...ada yang kita suka tapi anak anak dan suami pulak tak suka dan juga ada yang suami dan anak2 suka tapi kita pulak tak suka... Ermmm .... macam mana tu? Ok layan dulu ya gambar gambar menu kak Intan semalam ni... wassalam jumpa lagi dientry yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan