31 Julai 2012

MENU UNTUK BERBUKA LAGI...

Assalamualaikum,
Selamat pagi, dah masuk 12 hari umat Islam berpuasa hari ini. Kali ini Kak Intan kongsikan menu berbuka puasa semalam... nothing special biasa biasa sahaja, antaranya Kak Intan masak pajeri nenas, mulanya nenas ni Kak Intan nak masak lemak cili api dengan ikan masin, tapi dek kerana nenas nya memang dah masak, kak Intan tukar kepada pajeri nenas. Kalau ada pajeri nenas, menu tambahan mestilah ikan masin goreng, fuhhhh.... berselera makan...



Pemanis mulut juga Kak Intan sediakan, kali ini buat puding sagu, puding ni juga lain yang dirancang lain yang menjadi, mulanya nak buat puding sagu pearl, tapi disebab kan kurang rajin nak melapis nya, Kak Intan buat satu warna sahaja walau pun menggunakan bahan yang sama cuma Kak Intan tambahkan pandan paste sahaja. Resepi nya Kak Intan ambil dari blog Mat Gebu- http://www.tiffinbiru.com/ (DAPUR TANPA SEMPADAN) terima kasih ya Mat Gebu kerana berkongsi menu ini. Ok layan dulu gambar2 menu Kak Intan ini, wassalam, selamat berpuasa buat semua blogger berugama Islam yang sudi singgah diJARIINTAN KU ini...




2 ulasan:

  1. Asslmkum kak!.
    Puding akk tu yg paling menggoda tu. :)

    BalasPadam
  2. ASSALAMMUALAIKUM KAK.SUKANYA NGAN PUDING2..baru tengoktuh belum rasa..mesti d=sedap..sukalah blog akak nie..english deko deko lagi=)salam kenal kay kak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...