04 Julai 2012

SATAR DAN OTAK OTAK KUANTAN

 Assalamualaikum,
Selamat tengahari, pada kawan kawan blogger, salam Nisfu Sya'ban yang jatuh nya hari ini. Ermmm... tak lama lagi insyaallah kita semua umat Islam seluruh dunia akan berpuasa dibulan Ramadhan pula, bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan dalam calender umat Islam sedunia.
Bercerita tentang puasa, sebelum berpuasa macam macam teringat nak dimakan, antara nya satar dan juga otak otak. Dua jenis menu tradisional ini memang kegemaran Kak Intan, tapi nak cari yang sedap diKuala Lumpur ni tak tahu dimana. Jadi Kak Intan pun order dengan seorang kawan yang tinggal diKuantan, kebetulan masa dia nak turun keKL dia call Kak Intan kalau kalau ada barang yang nak dikirim, apalagi semestinya satar dan otak otak yang jadi pilihan.
  Memang sedap kedua dua jenis makanan ni... dah beberapa kali kak Intan berkirim dengan Sue.. sekiranya teringin nak makan satar terutama nya. Dah cuba dapatkan yang ada di KL ni tapi rasa nya tak sama dengan yang dibeli diKuantan ni... mungkin ikan yang dia gunakan betul betul fresh sebab tu sedap. Ok lah nanti kita sembang2 lagi ya... wassalam






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...