03 Julai 2012

WARIS SITI ARLAN - YASSIN DAN TAHLIL ARWAH.


Assalamualaikum,
Selamat pagi Rabu... dah bersarapan ke? Tak lama lagi kita semua akan menjalankan ibadah puasa dibulan Ramadhan. kalau dikutkan perkiraan tarikh dalam bulan Islam besok malam kita semua akan menyambut Nisfu Syaaban... alhamdulillah, semoga kita semua yg berugama Islam akan dipanjangkan usia dan dan disihat kan tubuh badan, semoga kita sama sama dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tidak lama lagi. Mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah silap Kak Intan melalui blog ini tanpa Kak Intan sedari melalui catatan catatan Kak Intan disini ada yang terkasar bahasa atau pun terasa dihati. Mohon ampun dan maaf sekali lagi pada anda semua yang sudi dan selalu singgan kesini.

 Untuk itu sepertimana setiap tahun, sebelum menyambut Ramadhan juga, keluarga sebelah suami Kak Intan mengadakan bacaan Yassin serta tahlil arwah dirumah abang ipar diKg Chubadak Sentul. Kami bersama sama adik beradik ipar duai anak cucu cicit semua berkumpul dengan membawa makanan masing  kesana mengadakan kenduri kecil kecilan.

Alhamdulillah kami sema berkumpul sebelum solat Zuhor, berjemaah bersama sama waktu Zuhur dan terus melakukan bacaan Yassin serta tahlil arwah tersebut.

Selesai membacakan doa , kami semua makan bersama sama dengan makanan yang kami masing masing bawa... alhamdulillah jumpa lagi dilain entry ... wassalam....










1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...