14 Julai 2012

YG SHABBY2 TU YANG DISUKAI ...

 Assalamualaikum,
Selamat pagi semua dan selamat bercuti hujung minggu, rasanya ramai hari ni yang mengadakan kenduri untuk menyambut kedaangan bulan Ramadhan yang beberapa hari lagi akan menjelma. Syukur alhamdulillah kerana akan dipertemukan lagi dengan Ramadan kali ini. Pada semua umat Islam rakan rakan blogger terlebih dahulu Kak Intan nak ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan. Apa pun entry kali ini nak share dengan rakan rakan blogger yang meminati decoration ala Inggeris pastinya setuju dengan Kak Intan , kalau Kak Intan katakan yang shabby white macam ni memang  akan jadi pilihan dalam tema itu, betul tak?

Pada yang berminat bolih la jalan jalan mencari barang barang di sekitar KL ni..mesti jumpa punya set2 cawan, bekas2 cookies dan juga frame frame gambar macam ni...

Ramai yang berminat tapi tak tahu mana nak dapat kan, senang saja.. kalau nak cari barang barang macam ni bolih cari diSSF, kalau area KL ni ada diJalan TAR, Cheras, Puchong dan juga Bandar Sri Damansara.

Frame frame gambar macam ni macam macam jenis ada, bolih buat pilihan atas diri sendiri.

Bayangkan masa menghidang nya...he...he... ini cuma sebahagian aje dari koleksi yang ada...apa pun yang penting kita beli yang murah tapi nampak macam mahal kan.. he...he..O.k lah sampai disini dulu catatan pagi ni... wassalam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...