Dihariraya ke2 Kak Intan dan keluarga adik beradik yang lain berkumpul dirumah peninggalan arwah emak dan ayah. Kami bersama sama hari tu memasak untuk sama sama makan dan mengadakan majlis tahlil buat arwah2 yang sudah "pergi"
Menu hari tu memang best...nak tahu apa?...antara nya pecal sayur, ikan keli panggang cicah air asam. asam pedas ikan baung, ikan goreng dari sawah yang dijala olih abang Kak Intan yang no 2, sup tulang dan daging lembu yang anak saudara kak Intan sembelih dan bawa dari Temerloh Pahang,sambal belacan dan ulam ulaman...ermmmmm...memang sedap makan ramai ramai macam ni...
Kami masak sama sama- makan sama diluar rumah...
Cumanya masa buat bacaan doa dan tahlil sahaja kami buat dalam rumah... masa ni adik lelaki bongsu Kak Intan yang bacakan doa nya...
Antara anak anak saudara serta ipar duai yang berkumpul tengahari tu...
Kakak ipar...tolong masak...ok Makan time... masing masing main senduk je apa yang suka.... tak ada yang special/cantek2 masa ni main letak aje...
Pilih jangan tak pilih mana yang nak...
Bentang carpet luar rumah aje tengahari tu...alhamdulillah cuaca pulak bagus...
Ok jemput makan semua nya ya....
Alhamdulillah selesai sudah acara wajib Kak Intan setiap tahun, seronok sangat bila dah dapat berkumpul seisi keluarga adik beradik macam ni...Insyaallah tahun depan panjang umur kita berkumpul lagi ya....wassalam
seronoknya akak makan ramai-ramai macam tu....tengok menu yang banyak tu buat saya terliur..he..he..
BalasPadam