26 Ogos 2012

PETANG 1 SYAWAL - TK INTAN


Assalamualaikum.
Selepas sahaja sembahyang raya diFelda Gunung Besout 1, Sungkai Perak, Kak Intan sekeluarga bertolak balik kekampong halaman sendiri diTeluk Intan pula. Dalam perjalanan sempat juga singgah sebentar kerumah sepupu En. Hubby diLangkap Perak. Sebelum ni bertahun tahun lama nya kami tak tahu yang E. Hubby punya sepupu yang tinggal disini...sejak 2 tahun kebelakangan ini kami ditemukan semula... alhamdulillah setiap kali kami beraya dikampong kami sekeluarga pasti akan singgah kesitu.


 Bergambar bersama sama kakak sepupu En.Hubby dan suami nya dirumah mereka diLangkap Perak...tak jaun pun dari rumah kak Intan dikampong tu dalam setengah jam berkereta dah sampai...alhamdulillah sampai dirumah nya kami dihidang kan dengan beriani kambing, rendang ayam dan juga lauk pauk yg lain serta kuih muih.

Perjalanan diteruskan lagi kebandar Tk Intan..kami keHospital pula kali ini...menziarahi adik Kak Intan yang dimasukkan keward

Balik dari Tk Intan kami keSg Manik...bila lalu  dikawasan sini memang tenang jiwa dibuat nya...apa tak nya melihat kehijauan sawah padi yg menghijau...padi yg ditanam pula begitu subur...dari jauh nampak seperti sehelai carpet yang terbentang luas...

Bila lalu disitu mesti ambil kesempatan ambil gambar sekeluarga..ok tak?


Dah dekat nak malam baru sampai kerumah sendiri..ini lah rumah peninggalan arwah mak dan ayah... setiap kali raya Kak Intan akan balik kesini walaupun emak dan ayah dah tak ada..kami adik beradik seramai 9 orang bersama keluarga masing masing akan berkumpul disini dan akan mengadakan majlis tahlil arwah dirumah ini setiap kali hari raya ke2.

Ok sampai disini dulu ye...nanti Kak Intan cerita lagi... wassalam.
 

2 ulasan:

  1. Salam perkenalan kak intan. Memang cantik sawah kt sg manik tu. Sebenarnya suami saya orang sana jugak. Tapi mak ayah dah takde. Jadi jarang sangat balik ke sana. Rumah pusaka pun dah hampir menyembah bumi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...