30 Januari 2013

CARI NASI "GANJA" YG JUMPA NASI VANGE...

Assalamualaikum,
 Bersambung kisah masa jalan jalan cuci mata diGreen Lane Ipoh (pasar karat Ipoh Loken), lepas shopping disitu perut mula terasa lapar. Memang niat dihati masing masing nak menjamu selera diRestoran Nasi "Ganja". puas call anak anak buah yang duduk sekitar bandar Ipoh tanya lokasi kedai tu, diorang kata kalau nak makan nasi kandar diIpoh tu memang banyak semuanya sedap. Puas juga pusing sana pusing sini, bukan rezeki kami gak nya hari tu, akhirnya Kak Intan call seorang kenalan FB iaitu Kak Samsiah Sariffdan kami sama sama jumpa diRestoran nasi Vangge yg dalam gambar ni...he..he..

Kedai disini bolih tahan juga, masa kami singgah makan disitu kedai tu penuh dengan pelanggan pelanggan nya yg bolih dikata kan kesemuanya orang Melayu. Masakkan nya pun bolih tahan juga sedap nya. Alahai Kak Samsiah sampai masa kami semua nak menjamu selera. Kak Samsiah datang dihantar dek suami nya... jumpa juga kami akhirnya..setelah sekian lama duk chatting kat Facebook.... ajak kak Samsiah sama sama makan tapi katanya dah kenyang , dia cuma rder segelas minuman .

Selesai makan nasi Vangge, kami kerumah Kak Samsiah diKampong Manjoi Ipoh... wah best juga kawasan perkampungan Kak Samsiah dan suami nya menetap ni. Kak Samsiah juga sebahagian dari peminat decor ala Inggeris..Masuk sahaja kerumah nya dah nampak hiasan hiasan ala Inggerisnya. Seronok cuci mata dirumah Kak Samsiah ni...Kak Samsiah merupakan pesara guru, sambil sambil tu kak Samsiah ni mengambil upah menjahit langsir, cantek cantek langsir yang Kak Samsiah jahit, sarung kusyen, sarung kerusi semuanya Kak Samsiah bolih jahit, kreatif juga tanga Kak Samsiah ni.



Dirumah Kak Samsiah kami duk berbual bual dengan suami nya yg juga seorang pesara Guru. Mereka berdua ni terlalu permah, macam dah kenal lama bila bersembang, sedar tak sedar hari beransur petang..

Walau pun perut dah kenyang kami dijamu pula dengan minum petang hari tu.. terima kasih banyak banyak Kak Samsiah ya.



Ini sebahagian dari dekorasi rumah Kak Samsiah, nampak sweet aje kan..

Banyak gambar2 rumah Kak Samsiah yang cantek2 terutamanya diruang dapor memang cantek2.

Diruang makan dirumah Kak Samsiah..kemas dan teratur segala nya. Ok lah nanti senang senang Kak Intan tunjukkan dekorasi rumah nya diruang yang lain pula. Layan dulu dengan gambar gambar yang ada ini. Jumpa lagi dientry akan datang wassalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...