01 Februari 2013

TERJEBAK LAGI....KALI NI DENGAN ROSE HITAM.

Assalamualaikum,
Selamat pagi Sabtu dan selamat bercuti hujung minggu. Apa khabar pagi ni? Sambil sambil duduk sarapan tu Kak Intan nak cerita tentang pinggan mangkuk lama yang Kak Intan dapat dari kampong tempohari. Masa intai intai kat dapor rumah kakak Kak Intan  ternampak la set bunga ros hitam ni dalam almari. Cawan nya dah siap berbalut dengan surat khabar lama, Kak Intan tanya dengan kakak kenapa buat macam tu? kata nya anak dara nya tak nak pakai lagi sebab dah old fesyen, satu lagi kata nya cawan nya tu terlampau nipis, dalam hati Kak Intan kata...ermmmm agak agak kalau meminang ni mesti dapat punya kikkk..kikk


Cuba cuba juga beranikan diri meminang sirose hitam ni, Kakak kata set tu peninggalan arwah ibu mertua nya, dia pun dah tak nak gunakan nya lagi..ok Kak Intan kata kalau macam tu kasi saya, saya tolong simpan kan nya dan jaga dengan baik, Kakak Kak Intan setuju aje... tapi Kak Intan dah janji siap siap dengan dia akan belikan set yang baru dan terkini untuk dia...ermmm apa lagi Kakak dengan murah hati setuju.
Tapi tu lah, bila Kak Intan buka penutup teko tersebut ada sompek sikit kat mulut nya, apa pun tak kisah la tu, Kak Intan cuma nak display aje bukan nak gunakan pun, terima kasih banyak banyak Kak Sapiah, alhamdulillah set baru pun Kak Intan dah belikan untuk dia sebagai tanda terima kasih banyak banyak kerana dapat set ni dan menggantikan nya untuk akak ya.Ok layan dulu set rose hitam koleksi terkini Kak Intan ini..bila dah terebak dengan PML (pinggan mangkuk lama ni) dah tak bolih nak undur undur diri dah nampak nya, cuma Kak Intan kena kawal nafsu membeli banyak he..he... wassalam..jumpa lagi

2 ulasan:

  1. Cantik. Dulu masa kakak kecik nampak bunga macam ini siap dgn pinggan hidang sekali kan. Tak tahu dah kat mana atok kakak punya tu. Rumah pun dah tak ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KakZakie...kalau ada simpan ya Kak Zakie...sekarang barang barang ni dah ada value

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...