06 Februari 2013

JALAN JALAN KERUMAH MAK JAH SAMBIL CUCI MATA DENGAN PML (PINGGAN MANGKOK LAMA).

 Assalamualaikum,
 Selamat bertemu kembali, baru saje selesai memasak , sambil sambil tu Kak Intan nak ceritakan perjalanan Kak Intan dan suami serta sepupunya suami isteri kerumah Mak Jah Ahad lepas. Kami bertolak awal pagi dari Melaka (malam tu kami bermalam semalaman diMelaka sebab nak jalan jalan diJONKER STREET). Sepanjang perjalanan hujan renyai renyai pagi tu - best juga sebab cuaca tak berapa panas), mulanya kami ingat nak cari tempat bersarapan diMelaka pagi tu sebelum bertolak keBatu Pahat, pusing punya pusing kami terus aje kerumah Mak Jah memandangkan Mak Jah dah siapkan sarapan untuk kami semua he...he... thanks Mak Jah ekkk...

Sampai rumah Mak Jah lebih kurang kul 11 pagi gitu, dah siap terhidang atas meja Mak Jah dengan ubi keledek rebus cicah sambal kicap, soto dan juga mee goreng... apa lagi terus aje kami bersarapan bila dijemput dek Mak Jah dan Pak Long (suami Mak Jah)... alhamdulillah kenyang sudahhhhh.. Mak Jah he..he...rupanya rezeki kami pagi tu memang dirumah Mak Jah bukan nya diMelaka.

Sambil2 duduk sembang mata Kak Intan tak berkelip melihat koleksi koleksi Mak Jah yang semakin bertambah didalam rumah nya, paling tak senang duduk bila tengok koleksi ROSA yang berwarna pink Mak Jah gunakan untuk meletak hidangan pada pagi tu, sekali lagi seronok tak terhingga bila nampak teko CINDERELLA nya hu huuu... dah lama idamkan tapi belum lagi dapat la Mak Jah oiiiii...

Buat pengetahuan semua Mak Jah dan suami nya Pak Long ni (panggilan kami dalam group pengumpul pinggan mangkuk lama) ada lah peminat tegar dengan barang barang lama ini...tengok tu Pak Long duk kumpul ketam untu kayu, ingat dulu2 arwah ayah Kak Intan juga ada ketam papan ni (nanti balik kampong kena selongkar barang2 dalam stor rumah pusaka tu ha..ha....)
 Dalam gobok rumah Mak Jah ni penuh dengan set pinggan mangkok lama lama zaman2 50-70 dulu, macam macam corak yang Mak Jah dan Pak Long kumpulkan.

Intai intai dalam lemari Mak Jah yang satu ni nampak set set lama corak SAKURA dan juga ROSE HITAM...memang cantek sangat. SAKURA memang jadi Kak Intan punya idaman...tapi susah nak dapat dah sekarang ni.


Selain dari itu barang barang dari ayan (enamel) juga jadi perhatian dirumah Mak Jah dan Pak Long ni...dulu2 masa kecik ini lah barang2 yg mak ayah kita gunakan didapor, sekarang barang barang ni dah jadi berharga sekali.

Masuk pula kedapor Mak Jah nampak susunan teko2 nya berbagai2 bentuk dan juga corak, cantek2 kan.

Macam macam saiz juga ada, dari besar sampai la yg kecil, walau pun tak ada penutup tapi semua tu tak jadi masaalah kan Mak Jah.
 Bukan itu sahaja Mak Jah juga peminat barang english decor, Kak Intan minat sangat dengan baju lace putih ni yang dipakaikan nya pada patung tu...aduiiiiyaiiii.
Masuk bahagian dapor Mak Jah ni...cuba tengok pink colour lagiiiii...semuanya nampak tersusun kemas semuanya kan..ok layan dulu gambar sekitar rumah Mak Jah dan Pak Long ni...nanti kita pergi rumah orang lain pula lepas ni ya...wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...