28 Februari 2013

KRAFT TANGAN MENGHIAS LAMP SHADE LAGI...


Assalamualaikum,
Apa khabar? Dah beberapa hari tak update blog JARIINTANKU ini..agak sibuk beberapa hari ni. Macam macam yang dibuat. Antara nya ini lah aktiviti terbaru Kak Intan, menghias lampshade yang Kak Intan tukar sarung nya dari berbunga kepada polos.

Seronok buat kerja kerja ni, kalau bolih macam macam yang nak ditambah untuk mencantekkan nya, kali ini Kak Intan tambah lace yang biasa nya orang letak/jahit pada baju, tapi entah macam mana terfikir pula nak menghias nya pada terendak lampu ni.
Jadi ini lah hasil nya yang dapat Kak Intan kongsikan disini. Dulunya lampshade ni berbunga bunga, tapi warna nya agak kusam, jadi Kak Intan ambil keputusan untuk menukarkan seperti yang dilihat sekarang. Ok layan dulu gambar gambar ni ya... wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...