28 Februari 2013

SERONOK JOIN CAR BOOT SALE BANDAR SERI PUTRA KAJANG..


Assalamualaikum,
Minggu lepas Kak Intan jalan jalan ikut seorang kawan keBandar Sri Putra Kajang, melihat geng geng dari FB membuat jualan car boot sale. Lepas sahaja solat Subuh Kak Intan dan suami pun keluar rumah, menuju keTmn Setiawangsa kerumah Nik Norzarina yang juga membuat jualan car boot sale disana. Nik Nor pergi bersama sama anak dan suami nya, sesampai nya kami diSri Putra, kami tengok dan ada beberapa orang yang siap membuka boot kereta masing masing dan mengeluarkan barang masing masing, mak oiiiii macam macam ada.


Apa pun Kak Intan sempat juga membeli beberapa keping pinggan kecil ini untuk kenangan dari Nik Norzarina. Cantek cantek corak nya.

Dibahagian belakang piring2 kecil terdapat chop seperti yang tertera. 


Cantek cantek coraknya kan, sebab tu Kak Intan sangat tertarik, agak berbaloi juga dengan harga yang Kak Intan beli.

Ini lah cop yang terdapat dibelakang nya...
Insyaallah lepas ni kalau ada masa lagi Kak Intan akan kesana lagi,selain dapat berjumpa kawan kawan yang punya minat yang sama dapat juga cuci2 mata dengan barang2 barang yang cantek2. Selain itu dapat juga menderma kerana sebahagian dari hasil jualan mereka didermakan untuk mendirikan Sekolah ugama dikawasan Bandar Sri Putra tersebut. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini...wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...