18 Mac 2013

TEMPAHAN DARI KAWAN KAWAN.


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sepanjang minggu sudah seronok sangat Kak Intan dapat menyiapkan beberapa tempahan lampshade cover dari beberapa orang kawan yang menempah nya dari Kak Intan. Harap harap apa yang dah Kak Intan siapkan ini memuaskan hati mereka. Lampu yang diatas tempahan dari seorang kawan diBandar Baru Bangi, yang dibawah  ini pula dari Cheras.

Pada Kak Intan sangat seronok bila dapat memuaskan hati kawan kawan dengan apa yang mereka ingin kan tercapai. Lampshade yg dibawah ni pula tempahan dari seorang kawan dari Kedah...yang ini untuk dipakaikannya pada lampu chandelier . Ada 6 kesemua nya. Harap harap kawan Kak Intan ni berpuas hati dengan apa yang telah Kak Intan buatkan untuk dia.

Ermmm...lepas ni nak kena cari kotak dulu ya El..nak poskan tunggu tau El rasa nya 2-3 hari lagi bolih la sarungkan kebulb chandelier dirumah El tu...
Ok sampai disini dulu ye yang dapat Kak Intan kongsikan kerjatangan Kak Intan kali ini...nanti kita sambung lagi kerjatangan Kak Intan yang lain pula, insyaallah. Jumpa lagi wassalam.

2 ulasan:

  1. kemas dan cantek keje tangan kak intan ni.. lawa sokmo..

    BalasPadam
  2. tangan akak mmg berseni laaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...