22 Ogos 2013

MASAK LEMAK CILIPADI TELOR ITEK + BUAH BELIMBING BULOH.


Assalamualaikum,
Cerita pasal masak memasak lagi, hari tu ada lah stok belimbing buloh punya la banyak dalam fridge Kak Intan tu, tak tau apa nak buat, ya ta iye nya, dekat rumah Kak Intan tu setiap malam Selasa ada Pasar Malam, Kak Intan pun cari lah telor itek, ni suami Kak Intan punya permintaan la ni katanya belimbing buloh tu buat masak lemak dengan telor itek memang the best lahhh. Alhamdulillah banyak juga telor itek malam tu senang nak dapat, tapi harga nya mak aiiiiiiihhhh malatop betullah..... sebiji sampai 80sen, nak buat macam mana beli ajer lah, dah permintaan kan, tak sampai hati pulak nya. Jadi kak Intan pun masakkan lah, resepinya? kejap ya...

Bahan bahan nya:-

10 biji telor itek
15 biji belimbing buloh ikut suka nak belah 2 pun bolih nak letak sebiji2 pun ok juga
15 biji cili api
sedikit kunyit hidup
beberapa biji bawang merah
Santan dari sebiji kelapa

 Caranya:

Telor itek dibersihkan dan ditoskan, kemudian dipecahkan kedalam mangkuk terlebih dahulu, takut2 nanti ada stok telor yg kurang elok, sediakan santan , blenderkan cili api, kunyit hidup, bawang merah. Masukkan kedalam periuk beserta santan yg diperah tadi, juga beberapa batang serai yg dititik terlebih dahulu. Masak sampai mendidih sambil santan tadi dikacau perlahan2 takut2 nanti pecah minyak pula dah mendidih masukkan telor itek sebiji sebiji sampai habis biarkan dalam 5 minit kemudian kacau perlahan2 supaya nampak bulat dan cantek. Bila telor itek nya dah betul2 masak, baru masukkan belimbing , biarkan dalam 5 minit kemudian barulah diangkat. Selamat mencuba, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...