09 Ogos 2013
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG JARIINTANKU.
Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat semua pengunjung JARIINTANKU BLOGSPOT .COM, terima kasih kerana tak jemu jemu singgah disini. Diam tak diam Ramadhan dah 2 hari melabuhkan tirai nya, bermakna dah 2 hari juga kita umat muslimin dan muslimat diseluruh dunia meraikan Aidilfitri. Apa pun mohon ribuan ampun dan maaf terlebih dahulu sekiranya ada salah silap terkasar bahasa melalui kata2 Kak Intan dilaman ini tanpa disedari.Aidilfitri kali ini Kak Intan dan keluarga menyambut secara sederhana segala persiapan nya.Apa yang Kak Intan sediakan ala kadar, kali ini juga buat pertama kali Kak Intan meraikan Aidilfitri dirumah sendiri diKuala Lumpur. Sejak awal pagi setelah selesai menyiapkan makanan untuk hidangan keluarga, Kak Intan bersiap pula keMasjid berdekatan dengan rumah untuk sama sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama sama suami dan juga anak anak. Balik dari masjid kami sekeluarga seperti biasa he...he... ada sessi fotografi sebagai kenangan setiap tahun, kalau nak tengok sebahagian dari sessi tu kat sini ada Kak Intan papar kan ...jummmm layannnnn... gambar gambar ni.
Gelagat Ezzat siap siap nak beraya kerumah jiran kami, sebelah rumah ajer...
Yang ini abang Ngah, dah stanby depan muka pintu nak kerumah jiran sebelah tu....
Dan akhir sekali Along...ada lagi yg tak betul, nak diperbetulkan ha...ha... ok layan dulu pic2 ni ya, sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri, wassalam dan selamat berhari raya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin KakIntan!
BalasPadamTerima kasih Rose, Selamat Hari Raya juga untuk Rose dan keluarga.
PadamSelamat hari raya Kak Intan n family, maaf zahir batin.
BalasPadamSALAM AIDIL FITRI UNTUK KAK INTAN SEKELUARGA.
BalasPadam