22 Ogos 2013

SERONOK BERAYA DITAMPIN.



Assalamualaikum,
Cerita hari raya tahun ni tak habis lagi. Ini kali pertama Kak Intan menyambut hari raya dirumah sendiri setelah hampir 30 tahun berkahwin.  Selalu nya setiap kali hari raya kami menyambut nya bersama sama keluarga dikampung atau pun disebelah keluarga mertua di Kuala Lumpur juga.... tapi kali ini setelah kedua2 orang tua kami tiada Kak Intan ambil keputusan nak cuba cuba beraya dirumah sendiri. Selesai solat sunat hari raya pagi tu dimasjid Wangsa Maju yang berdekatan dengan rumah kami sekeluarga mula nya berhari raya dirumah jiran sebelah. Yang paling dekat dengan rumah Kak Intan, kemudian kami semua siap siap packing barang dan pakaian menuju keselatan, mulanya kami singgah di Tampin iaitu Kg Repah, tempat tinggal anak saudara suami untuk bertemu dan beraya dengan kakak sulong sebelah suami.

Memang meriah kalau beraya dikampong ni kan, tak macam dibandar, seronok nya pun lain dari dibandar. Ini antara keluarga sebelah suami Kak Intan yang turut sama menyambut raya diTampin pada hari tu.


Sambil sambil tu posing sana posing sini ambil gambar dengan suasana kampong. Memang seronok, dari rumah anak saudara suami Kak Intan sekeluarga beraya pula dirumah sorang kenalan blogger geng masak masak dulu, nak tahu sapa nanti kita sambung lagi cerita nya ya... wassalam.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...