12 April 2014

KONGSI DEKORASI RUMAH DALAM MAJALAH APARTMENT (IMPIANA ) UNTUK APRIL - JUNE 2014


Assalamualaikum,
Huhhhh... lega sikit dah, bila stok air dah banyak , banyak juga kerja2 rumah dapat diselesaikan. Tadi sambil sambil berFB sambil tu juga mendobi, memasak dan beberapa kerja lain. Semenjak catuan air bermula lebih kurang 2 bulan yang lalu kerja kerja rumah banyak tertangguh, tapi tak apa sebab catuan nya diselang selikan 2 hari ada 2 hari tak ada air. Rasa macam dah lali dah dengan keadaan ni sekarang. Kali ni Kak Intan nak kongsikan bila mana team dari Majallah APARTMENT (IMPIANA) datang kerumah pada 11 February yang lalu. Editor nya CK @ Kamelia Kamarudin dan jurugambar nya En Jazlan Nangar  datang kerumah mengambil dari beberapa sudut didalam rumah kak Intan untuk dimuatkan dan dikongsikan didalam majallah tersebut. Terima lasih banyak banyak pada mereka berdua dan pihak  majalah APARTMENT  yg sudi memuatkan nya untuk dikongsikan dengan para pembaca  lain diluar sana. Rumah Kak Intan sebenar nya biasa2 sahaja tak ada apa yang istimewanya. Oh ya tak lupa juga pada teman yang memperkenalkan Kak Intan pada crew majallah tersebut iaitu Lolita Anizar.

Ini lah muka depan majallah APARTMAENT (IMPIANA) untuk keluaran April - June. Pada yang berminat bolih la dapatkan dikedai2 buku atau kedai kedai mamak yang berdekatan he...he... Ok sampai disini dulu celoteh Kak Intan buat kali ini, sampai jumpa dilain entry..wassalam.

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...