19 April 2014

MEMANAFAATKAN BARANG-BARANG TERPAKAI.


 Assalamualaikum,
Apa khabar semua nya ? Dah sarapan ke? Pepagi ni Kak Intan terlebih rajin sikit nak update blog he...he... nak memasak air tak ada so sementara tunggu En suami bersiap siap nak bersarapan kat luar Kak Intan habiskan masa kat sini dulu. Bukan ada cerita best pun, cuma nak cerita tentang sepasang kerusi yang Kak Intan jumpa ditempat pembuangan sampah berdekatan dengan rumah Kak Intan ni. Bukan main seronok lagi bila ternampak ianya ada disitu, masih dalam keadaan baik dan tiada cacat celanya. Cuma cat nya sahaja yang terkopek sana sini, pada Kak Intan memang tak ada masaalah itu semua, hanya keluarkan sedikit modal untuk mengecatnya semula. Memang dah lama sebenar nya Kak Intan cari kerusi design macam ni, kan ianya nampak ala country sikit, dulu dulu masa KFC mula diperkenalkan ini lah kerusi yang diorang gunakan disetiap restoren mereka, ingat tak? Sebab tu kawan kawan yang berminat dengan dekorasi ala Inggeris gelarkan kerusi ni kerusi KFC.

Besok nya dengan hati yang tidak sabar Kak Intan beli cat warna putih, dan sepagi juga lah duk mengecat kerusi KFC ni, kebetulan hari tu cuaca punyalah panas terik nya, petang tu cat kering sepenuh nya, tapi rasa nya bolih nampak cat ni sebenar nya tak berapa rata lagi , jadi kak Intan kena ambil masa lagi untuk mengecat nya selapis lagi. Ini lah hasil nya bila dah siap dicat dengan warna putih.


Bila dah siap dan kering cat nya Kak Intan gandingkan ianya dengan kaki mesin jahit SINGER yang lama, kaki mesin jahit ni juga barang yang jiran Kak Intan nak buang, cepat cepat Kak Intan cakap dengan dia ( dengan muka tak malunya) Kak Intan nak kan kaki mesin jahit tu, Kak Intan bayar juga kat dia dengan harga $20/=, percaya tak.? Macam kerusi KFC tu juga, bila dh bawa balik kerumah kaki mesin tu Kak Intan spray dengan warna putih. Ok itu lah ceritanya untuk pagi ni, sebelum keluar bersarapan jumpa lagi dilain entry, wassalam.

4 ulasan:

  1. keatip laa akak.. lps dah cat mmg cantik. mesti org yg buang tu nyesal.

    BalasPadam
  2. Ameris sebenar nya dah lama cari kerusi ni sampai keRengit akak pergi tapi tak jumpa...alih2 sebelah rumah jer orang buang he...he... cepat2 grab

    BalasPadam
  3. Oh mak org buang...syoknye hai dpt org buang mcm ni..rezeki akk la tuh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...