17 Ogos 2015
MAJLIS PERJUMPAAN SANTAI AIDILFITRI 2015 DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN BEKAS MURID SMSA 74-78.
Sempena Aidilfitri yang baru lepas ada kenangan yang tak akan Kak Intan lupakan sebenar nya, kenangan bersama sama rakan rakan sekolah yang hampir 37 tahun kami tinggalkan , pada 3 Syawal bersamaan dengan 19 hb Julai 2015 kami seramai 80 orang bertemu kembali disekolah tempat kami sama sama belajar dulu iaitu diSMK Sultan Abdullah Chenderong Balai, Teluk Intan Perak. Berbulan bulan juga Tuan Pengerusi dan juga Setiausaha kami membuat perancangan untuk mengumpulkan rakan rakan kami ini, kami ada lah pelajar pelajar dari tahun 1974 hingga 1978. Berkat usaha bersama kami bertemu juga pada hari tersebut dalam suasana yang santai dan meriah.
Majlis tersebut dimulakan dengan kedatangan Tuan Pengerusi kami saudara Ibrahim bin Abdul,
dan kemudian nya Dato Ibrahim Katop untuk merasmikan majlis tersebut seterusnya merasmikan mesyuarat agung pertama bekas bekas pelajar 74-78. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
Ada juga rakan rakan yang tidak dapat hadir dihari tersebut disaat saat akhir nya dengan hal hal yang tak dapat dielakkan, tapi insyaallah dengan tertubuh nya persatuan ini nanti akan ada lagi majlis majlis seperti ini diadakan. Mungkin ada kengkawan yang lain juga yang masih belum mendaftar dalam persatuan ini nanti berpeluang turut sama meraikan majlis seterusnya yang akan diadakan.
Buat pertama kali nya inilah barisan AJK yang dilantik buat pertama kali nya, yang mana kebanyakkan nya juga ada lah AJK Penaja sebelum ini. Alhamdulillah sekali lagi moga ukhwah kita berpanjangan sampai bila bila. Ok sampai disini dulu nanti kita jumpa lagi assalamualaikum..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan