11 Julai 2009

MAK CIK KANTIN YG SERBA BOLIH....


Kali ini Kak Intan nak bercerita sikit tentang "MakCik Kantin" yang sorang ni.....malam sebelum kami menyambut kepulangan anak anak VICCB dari Italy.....kami AJK Band Booster berkumpul dirumah Puan Sharifah Talhah dan Tuan Syed Abd.Hamid diAmpang. Kami kesana membincangkan persiapan untuk menyambut ketibaan anak anak kami diKLIA....sambil sambil duduk berbincang kami dihidang kan dengan sejenis makanan Arab...Kakintan tak pernah lagi sebelum ni makan makanan ni...ianya mengikut kata Puan Sharifah diberi nama "pool"...Ia dimakan bersama sama dengan roti perancis..sedap juga rasanya....antara bahan bahan yang dijadikan campurannya ialah telur goring yg telah dihancurkan, tomato yg dipotong dadu, cili hijau yg dipotong nipis nipis, bawang besar yang dipotong dadu serta dicampurkan juga dengan kuah kacang parang yang dimasak..memang sedap sekali...tambahlagi diperah dengan air limau kasturi.....
Didapor Puan Syarifah kelihatan cupcake yang sudah siap tertera nama nama anggota VICCB yang akan disambut esok...warna warna yang Puan Syarifah gunakan adalah warna koperat biru tua, dan juga biru muda...merupakan warna koprat VICCB..cantek dan kemas betul hasil kerja nya......salah satu nama yang tertera ialah nama KHAIRUL EZZAT.
Disatu sudut dapornya Kakintan terpandang kan kek ini.....mak aiiiiiiiiiiiii canteknya...menurut Puan Syarifah...dek kerana busy .....belum sempat lagi dia mewarnakan kek fondant tersebut..memang sungguh berseni hasil kerja tangan nya.....teruja betul melihatnya....
Tambah teruja bila Kakintan melihat pula bunga bunga ni......dah siap semuanya cuma tunggu untuk mendeco nya sahaja....memanggggggggggg cantek......ishhhhh ni mula lah Kakintan tak senang duduk dibuatnya....he...he......Kakintan memang minat dalam kerja kerja seni begini...tapi entah bila pulak nak cuba mengasah bakat yang terpendam ni....kesemua bunga bunga itu dibuat dari fondant...

Paling teruja bila Puan Syarifah tunjukkan pada Kakintan sekuntum bunga lily putih ni...nampak seperti bunga yang sebenar ishhhhhhhhhhh ini tak bolih jadi rasanya ni....andai nya ada kelapangan ingin juga belajar cara cara untuk membuat bunga fondant ni....sebenarnya Puan Syarifah adalah salah seorang tenaga pengajar diWilton (ICCA) sebab itu Kakintan tengok dalam rumah nya penuh dengan pelbagai bagai buku masakan, termasuk lah membuat dan menghias kek..dah macam perpustakaan rumah nya.....memang seronok .
Bunga lily tu dah tentu cantek, tambah pula dengan cake standnya tu juga menguji keimanan Kakintan..apa lagi kalau bukan roses yang menghias cake stand...tepi sekeliling nya pulak disadur dengan warna emas.....memang cantekkkkkkkkk....

Puan Sharifah sedang menghidangkan kami dengan menu makanan dari Arab tu....o.k...setakat ni dulu cerita Kakintan kali ini ya......esok esok kita cerita yang lain pulak...

2 ulasan:

  1. hmmmm memang sedap kacang pool tu tp klu sy wat, sy goreng telur mata lembu lagi sodap.Memang sedap klu dicicah dgn roti perancis yg di bakarrrr,hmmmmmm terliur lah pulak hehehe

    BalasPadam
  2. kak intan, kalau kat belah S'pore/Johore agak femes juga kacang phool tu kan, maklumlah keturunan arab melambak kat sini...saya teruja tgk kek fondant tu....belum hias dah nampak cantik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...