

Kali ini Kak Intan nak bercerita sikit tentang "MakCik Kantin" yang sorang ni.....malam sebelum kami menyambut kepulangan anak anak VICCB dari Italy.....kami AJK Band Booster berkumpul dirumah Puan Sharifah Talhah dan Tuan Syed Abd.Hamid diAmpang. Kami kesana membincangkan persiapan untuk menyambut ketibaan anak anak kami diKLIA....sambil sambil duduk berbincang kami dihidang kan dengan sejenis makanan Arab...Kakintan tak pernah lagi sebelum ni makan makanan ni...ianya mengikut kata Puan Sharifah diberi nama "pool"...Ia dimakan bersama sama dengan roti perancis..sedap juga rasanya....antara bahan bahan yang dijadikan campurannya ialah telur goring yg telah dihancurkan, tomato yg dipotong dadu, cili hijau yg dipotong nipis nipis, bawang besar yang dipotong dadu serta dicampurkan juga dengan kuah kacang parang yang dimasak..memang sedap sekali...tambahlagi diperah dengan air limau kasturi.....




Paling teruja bila Puan Syarifah tunjukkan pada Kakintan sekuntum bunga lily putih ni...nampak seperti bunga yang sebenar ishhhhhhhhhhh ini tak bolih jadi rasanya ni....andai nya ada kelapangan ingin juga belajar cara cara untuk membuat bunga fondant ni....sebenarnya Puan Syarifah adalah salah seorang tenaga pengajar diWilton (ICCA) sebab itu Kakintan tengok dalam rumah nya penuh dengan pelbagai bagai buku masakan, termasuk lah membuat dan menghias kek..dah macam perpustakaan rumah nya.....memang seronok .
hmmmm memang sedap kacang pool tu tp klu sy wat, sy goreng telur mata lembu lagi sodap.Memang sedap klu dicicah dgn roti perancis yg di bakarrrr,hmmmmmm terliur lah pulak hehehe
BalasPadamkak intan, kalau kat belah S'pore/Johore agak femes juga kacang phool tu kan, maklumlah keturunan arab melambak kat sini...saya teruja tgk kek fondant tu....belum hias dah nampak cantik..
BalasPadam