Setiap kali mereka mengadakan expo Kakintan tak kan melepaskan peluang untuk menjengoknya disitu. Seronok datang kesini sebab dapat tengok bermacam macam aktiviti seni yang ada...paling best barang barang yang dijual juga agak berpatutan dengan harga nya....tambahan pula bila hampir dipenghujung2 jualan nya akan dijual dengan harga yang agak murah.
Antara tempat yang Kakintan kunjungi ialah digerai gerai membuat makanan tradisional seperti membuat kuih bakar ni...leka betul Kakintan melihat ahli keluarga ni mempromosi kuih bakar nya. Kakintan beli juga lah dua keping.
Sambil sambil tu, Kakintan pun melihat juga lah cara cara Mamat ni ( tak tahu namanya) menyediakan kuih bakar tersebut dari mula sehinggalah kuih tersebut masak
Rupa2nya untuk memberikan ianya cepat masak mula2 sekali adunan tadi dibakar didalam acuan yang diletakkan diatas dapor gas biasa, bila dah separoh masak ianya dialihkan pula kedalam oven yang biasanya digunakan untuk membuat kek lapis sarawak untuk membakar menggunakan api disebelah atas. Rasanya setiap keping kuih bakar tu mengambil masa dalam 20 minit untuk masak...
Bahan bahan yang digunakan juga ada disediakan olih pemilik gerai tersebut. Jadi senang lah pada sesiapa yang ingin mengetahui bahan2 yang digunakan untuk membuat resipi tersebut...
Dari situ Kakintan mengunjungi gerai batik pula....memang banyak gerai gerai batik yang ada kat situ dan berjam jam juga kami duk memilih batik2 yang ada tu. Lepas satu gerai kesatu gerai kami berkunjung. Tak tahu mana satu yang dipilih, semuanya cantek cantek belaka. Rasanya hampir dua jam juga kami memilih batik2 tersebut hanya untuk 2 pasang he...he....penat juga rasanya berjalan...nasib baik kat situ ada restoren untuk minum minum dan makan makan dapat jugalah menjamu selera dan membasah kan tekak sebelum terus "berjogging" ke Jalan Tuanku Abdul Rahman pula
Dari Jalan Conlay ke Jalan TAR kami naik teksi, terus je mulanya ketempat ini..kat sini tempat dimana nak menempah batu batu lip lap untuk dilekatkan kebaju dan juga tudung. Kakintan beli juga tudung2 "segera" sebanyak 2 helai yang nak dipadan kan dengan 2 pasang batik tersebut...cadang nya nak lekatkan lah batu batu tu disitu, tetapi memandang kan ramai pelanggan yang sedang menunggu...Kakintan KIV dulu ...ingat nak datang lain hari je la nanti. Lagi pun dah penat berjalan diPusat Kraftangan tadi.Tengok la ni pelanggan pelanggan yang sedang menunggu tempahan mereka...
Dari sini Kakintan dan kawan ni berjalan pula kat kedai sebelah nya tu dimana terletak nya kedai kesukaan Kakintan iaitu SSF...he...he.....sambung lagi jalan jalan cuci mata kat situ sampai dalam kul 5 petang baru balik rumah....huhhh bagai nak tercabut lutut...entah berapa kilometer gak nya Kakintan berjalan hari tu...atau biasanya Kakintan sebut "berjogging"...Ok lah sekian dulu catatan Kakintan untuk kali ini...salam & bye....bye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan