Salam semua dan selamat berhujung minggu....hari ni tak ada cerita pasal makan lagi tapi cerita pasal kerja kerja kraftangan yang melekakan dan menyeronokkan Kakintan. Ini lah hobby baru Kakintan....semalam Kakintan ada cerita pasal nak "jogging" sekitar Jalan TAR kan..ini lah bahan bahan yang Kakintan cari sebenarnya..tapi kebanyakkan kedai dah kehabisan stok kain felt ni..jadi Kakintan pun beli la apa yang ada dan yang Kakintan jumpa..ada lagi bahan bahan yang Kakintan tak beli semalam sebab dah tak larat "jogging" dalam cuaca yang agak membahang semalam....
Malam tadi bermula lah aktiviti "melapis kuih" Kakintan ini....hasil dari jalan jalan kat blog Puan Ann yang terkenal dengan sulaman reben nya itu. Sememangnya Kakintan meminati hasil hasil kerja tangan Puan Ann ini sudah lama tapi belum berkesempatan untuk mencubanya..terutama sulaman reben nya itu...teringin juga untuk mengikuti kelas kelas yang diadakan ..tapi tak tau bila lah agaknya Kakintan berkesempatan untuk mengikuti.
Tengoklah hasil pertama Kakintan ni...nampak sangat kurang kemas...tapi tak apa ini baru percubaan yang pertama...nampak gayanya kena lebih teliti lagi ni kan....pada Kakintan ianya memang menyeronokkan...insyaallah selepas ini Kakintan ingin mencari pula buku buku berkaitan dengan aktiviti seni ini...
wow .. choco roll .. hehehe nengok saja ... tak boleh makan ..
BalasPadamsukalah tengok org yg kretif2 mcm kak intan ni!!
BalasPadambagus jua ya...idea kak intan....
BalasPadam