12 April 2010

KEPAK AYAM BBQ...

Salam dan selamat tengahari, mesti semua dah nak makan ni kan... untuk N3 kali ini Kakintan buat kepak ayam panggang BBQ...kepak kepak ayam ni Kakintan selalunya beli dipasaraya Care4 sesekali pergi juga keNSK yang berdekatan dengan rumah untuk membelinya. Kepak ayam memang menjadi pilihan anak anak , tambahan pula sekiranya ianya dipanggang....berapa banyak yang dimasak pun kadang kadang tak cukup..biasa lah semuanya anak bujang kan. Tak payah makan dengan nasi pun, diratah begitu sahaja pun dah sedap dah...
Untuk resepi nya Kakintan main letak je ikut citarasa sendiri, bahan2 yang Kakintan gunakan:-

Kepak ayam yang sudah dibersihkan
Sos BBQ
Bawang putih
Halia
Sedikit cili sos
Sedikit madu
Garam
Sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam

Caranya...
bawang putih dan halia ditumbuk halus dan gaulkan bersama kepak ayam tadi, campurkan juga bahan bahan yang lain tadi gaulkan hingga sebati, perapkan dalam setengah jam. Bakar sehingga masak, kalau makan dicicah dengan sos cili Thai juga sedap.Ok... kalau nak mencuba bolih lah dengan resepi Kakintan yang tak seberapa ini... he..he... macam kata orang kalau sedap bagi tahu kawan kawan... kalau tak sedap bagi tahu Kakintan...Ok ....salam dan bye...bye....

1 ulasan:

  1. salam kakintan, ni ibuintan lak datang.. bestnya kepak ayam tu, memang sumo bebudak suka kepak ayam, mesti berebutkan kepak ayam....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...