Salam semua dan selamat pagi Isnin yang cerah ini.Apa khabar hari ini bloggers semua?..terima kasih sebab sudi singgah dilaman blog Kakintan yang tidak seberapanya ini. Semalam 10.10.2010 ramai yang melangsungkan majlis yang bersejarah...antaranya ramai pasangan memilih hari itu sebagai hari perkahwinan dan juga pertunangan. Antara pasangan yang paling gilang gemilang ialah pasangan angkasawan pertama Malaysia...siapa yang tak kenal dengan beliau...iaitu Dr.Sheikh Muszaphar dan Dr.Harlina.
Selain dari pasangan ini ramai lagi pasangan pasangan lain meraikan majlis perkahwinan mereka pada tarikh tersebut. Kakintan dan suami sahaja mendapat 4 undangan majlis perkahwinan. Yang dapat dipenuhi hanyalah 2 majlis perkahwinan.Itu pun terpaksa pergi awal awal takut2 jalan jammed sepert minggu yg lepas...tapi alhamdulillah semalam kurang pula jalan ni jammed sebab masa Kakintan keluar menuju keRawang jam baru 11 pagi.Itu kisah yang suka yang duka pun ada juga. Dalam pada suka suka tu ada juga tragedi yang menyahat hati keluarga keluarga yang terlibat. Masa balik dari Ulu Langat Kakintan dan Hubby dengar dari berita diradio mengatakan ada kemalangan yang melibat kan lebih 10 nyawa di Highway Utara Selatan berhampiran Alor Gajah. Innalillah.....terkejut dengar berita ni,....cepat cepat Kakintan call adik Kakintan yang berada diMelaka. Pagi pagi subuh tu dia bertolak kesana untuk menziarahi ibubapa angkatnya yang tinggal diJasin. Alhamdulillah masa tu dia belum sampai dikawasan kemalangan tersebut. Kata adik Kakintan dia sekeluarga lewat dalam beberapa minit dari tempat kemalangan berlaku. Alhamdulillah baru lah Kakintan dapat menarik nafas lega bila dapat berita yang dia dan kelaurga kembali keKL dalam keadaan selamat semuanya.
Apapun Kakintan sekeluarga mengucapkan takziah kepada kaum keluarga sanak saudara yang terbabit dalam kemalangan ngeri semalam. Alfatihah buat mereka yang berugama Islam, dan banyak banyakkan bersabar juga buat ahli keluarga yang terlibat. Ok sampai disini dulu catatan Kakintan pagi ni. Salam dan jumpa lagi dilain waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan