05 Oktober 2010

SERONOK KAWAN 2 DATANG BERHARIRAYA...


Salam.... musim Aidilfitri masih belum habis lagi, bolih kata tiap tiap hari ada je dapat jemputan kemajlis rumah terbuka. Terpulang kepada empunya badan larat ke tak larat nak melayan perut sendiri. Tapi tahun ini Kakintan belum lagi mengadakan majlis rumah terbuka. Rasa rasa nya tak buat kut sebab hati ni tengah fokuss kelain..he..he...rahsia ni...
Walau pun tak buat majlis rumah terbuka, pada sesiapa yang nak datang Kakintan no problem, insyaallah Kakintan hidangkan apa yang ada dan termampu je...macam beberapa hari yang lepas salah seorang dari kawan kawan geng FB datang bertandang. Faiez beserta suami dan 2 orang anak mereka berkunjung kerumah Kakintan sebelah malam....fuhhhhhh alhamdulillah ada rezeki untuk mereka hari tu. Kakintan masak sphagetti dan juga nasi impit kuah kacang
Terima kasih pada Faiez sekeluarga kerana sudi datang bertandang, terlebih terkurang layanan minta maaf ya Faiez...he...he...errrmmm makanan pun kurang menyelerakan mungkin...Ok lah setakat ini dulu ya catatan Kakintan pagi ni...salammm..dan bersua lagi dilain waktu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...